Terpinga-pinga polis depan sekolah – Metro


Terpinga-pinga polis depan sekolah

 

 

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

 

AKSI 34 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh di George Town yang dipaksa menolak motosikal hingga ke balai polis semalam.

 

BALIK PULAU – Gara-gara menunggang motosikal tanpa lesen, seramai 34 pelajar terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh satu kilometer (km) bermula dari depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh hingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) di sini semalam.

Pelajar terdiri daripada penunggang dan pembonceng lelaki serta perempuan itu ditahan dalam Ops Lejang yang diadakan selama setengah jam bermula pukul 2.30 petang di depan sekolah itu.

Ketika itu, kesemua pelajar terbabit baru selesai sesi persekolahan pagi dan terpinga-pinga sebaik polis menyekat motosikal sekali gus mengarahkan mereka mengeluarkan lesen memandu.

Lebih malang lagi, ada dalam kalangan pelajar itu bukan sahaja tiada lesen malah tidak memakai topi keledar. Alasan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak pakai topi keledar kerana jarak antara sekolah dan rumah terlalu dekat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, operasi tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang awam berhubung salah laku penunggang motosikal dalam kalangan pelajar di kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2afsoJTID
Hakcipta terpelihara

15 dibelasah – Metro


15 dibelasah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Seramai 15 pelajar sebuah sekolah di sini, dibelasah beramai-ramai lebih 30 pelajar lain menggunakan batang penyapu dan topi keledar hingga cedera selepas mangsa didakwa mengejek pelajar senior.

Dalam kejadian jam 10 pagi Rabu lalu, sekumpulan murid tingkatan empat dan lima sebuah sekolah menengah di sini, dilaporkan bertindak ganas menyerang sekumpulan murid tingkatan tiga.
Pergaduhan antara ‘geng senior’ dan ‘geng junior’ itu berlaku apabila seorang daripada pelajar tingkatan lima sekolah sama tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pelajar tingkatan tiga a mencaci sebelum pergaduhan tercetus.

 

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Leong, 15, berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah apabila mereka dikepung kumpulan pelajar tingkatan empat dan lima itu.
Menurutnya, mereka dipukul beramai-ramai menggunakan batang penyapu selain ditumbuk dan ditendang berulang kali.
“Kami cuba melawan, namun bilangan mereka terlalu ramai. Mereka turut mendapat bantuan rakan di luar sekolah untuk memukul kami,” katanya.

Mat rempit 12 tahun – Metro


Mat rempit 12 tahun

Oleh SALMAN HAMAT
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULAIJAYA: Selepas menunggang motosikal lebih 40 kilometer tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar, dua murid tahun enam ditahan dalam operasi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sekitar Pekan Kelapa Sawit, di sini, pagi semalam.

Ketika ditahan untuk pemeriksaan, dua kanak-kanak berasal dari Pontian itu memberi alasan menunggang ke pekan berkenaan untuk membeli alat ganti motosikal yang didakwa dijual pada harga lebih murah.
Bagaimanapun, alat ganti didakwa baru dibeli mereka dirampas berikutan kegagalan menunjukkan resit pembelian selain untuk siasatan lanjut.

 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun turut ditahan dalam operasi bermula jam 9 pagi itu selepas menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu.
“Seramai 30 penunggang motosikal ditahan dalam operasi ini atas kesalahan seperti tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.
“Kesalahan dilakukan dianggap serius berikutan penunggang terbabit terdedah kepada risiko kemalangan. Selain itu, kami dapati ada motosikal ditunggang sudah tamat cukai jalannya sejak 2006.

 

 

“Sebahagian besar yang ditahan adalah remaja bawah umur dan mereka menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa masing-masing, sedangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.
Dalam operasi itu, sebanyak 51 saman dikeluarkan dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Kulaijaya untuk pemeriksaan lanjut.

 

Selain itu, ibu bapa dan pemilik asal motosikal berkenaan turut dipanggil ke IPD Kulaijaya untuk membantu siasatan.
“Saman juga akan dikenakan terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang kenderaan itu,” katanya.
Zulkefly berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima pihaknya selain jumlah kemalangan membabitkan remaja tanpa lesen di daerah berkenaan kerap berlaku.
Sebelum ini, menurut Zulkefly, pihaknya menjalankan program kesedaran keselamatan jalan raya, termasuk mengagihkan topi keledar secara percuma di kawasan berkenaan, namun masih ramai gagal mematuhi undang-undang jalan raya.
“Terbaru, kempen keselamatan jalan raya dijalankan kelmarin tetapi masih ramai yang ingkar,” katanya.

Lari bimbang dijual ibu tiri – Metro


Lari bimbang dijual ibu tiri

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak sanggup lagi dipukul dan didera bapa serta ibu tirinya selama lebih dua bulan nekad melarikan diri dari rumah, kelmarin.

Pelajar terbabit membuat laporan polis selepas keluar dari rumah bapa dan ibu tirinya itu di Pandan Indah, di sini, kerana takut didera.
Difahamkan, mangsa nekad melarikan diri selepas diugut bunuh dan mahu dijual ibu tirinya yang tidak mahu mangsa keluar dari rumah ketika mereka tiada.

 

Sumber berkata, mangsa yang takut menerima ugutan terbabit melarikan diri dan pergi ke balai polis berhampiran untuk meminta bantuan.
Beliau berkata, dalam kejadian terbaru petang kelmarin, mangsa yang baru pulang ke rumahnya selepas tamat waktu persekolahan terserempak bapanya yang memberitahu supaya dia tidak keluar rumah jika tidak mahu dibunuh dan dijual ibu tirinya.
“Mangsa yang takut dengan ugutan itu melarikan diri selepas menyedari bapa dan ibu tirinya itu tiada di rumah.

 

 

“Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Dalam laporannya mangsa mendakwa sering menjadi mangsa dera sejak lebih dua bulan lalu,” katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa sering dipukul, ditendang, malah bajunya pernah dikoyakkan ibu tirinya.

 

“Mangsa juga memberitahu dipukul di kepala, badan dan kaki dengan pelbagai cara. Dia pernah dihentak dengan topi keledar milik bapanya hingga berdarah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Padah tak dengar cakap ibu – Metro


Padah tak dengar cakap ibu

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Tindakan seorang remaja enggan mendengar nasihat ibunya agar tidak keluar pada waktu senja mengundang padah apabila dia maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Pesisiran Pantai, Kuala Sungai Padang, di sini, kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang apabila motosikal ditunggang mangsa, Mohd Faiz Chenat, 15, merempuh sebuah motosikal lain di hadapan menyebabkan dia terjatuh dan mati akibat cedera parah.
Bapa mangsa, Chenat Jusoh, 51, berkata sebelum kejadian, isterinya, Rohana Mustafa, 44, melarang Mohd Faiz keluar rumah dengan menunggang motosikal tetapi langsung tidak diendahkan.

 

Menurutnya, anak ketiga daripada lima beradik itu keluar kira-kira jam 6 petang mahu bertemu rrakannya sebelum mereka dikatakan bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran.
Katanya, dia tidak menyangka perasaan tidak sedap hati isterinya itu ternyata benar selepas anaknya maut dalam kemalangan selang beberapa minit kemudian.
“Ketika kejadian itu, saya baru pulang dari kerja mendapat panggilan telefon mengenai kejadian.

 

 

“Saya terus bergegas ke kawasan kejadian bagi melihat keadaan anak saya. Hancur luluh hati melihat Mohd Faiz sudah tidak bernyawa lagi,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Katanya, dia sedih melihat mayat anaknya terbaring tidak bernyawa dengan kecederaan parah di dada, manakala topi keledar dipakainya hancur.

 

“Meskipun kejadian ini amat mengejutkan, namun kami reda dengan pemergian arwah buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku apabila mangsa bersama tiga rakannya yang menunggang motosikal berasingan secara laju dipercayai merempuh sebuah motosikal lain yang membelok ke kanan.
Katanya, mangsa yang gagal mengawal motosikalnya merempuh motosikal di hadapan lalu jatuh tersembam ke atas jalan menyebabkan tulang rusuk kirinya patah.
“Mangsa maut di tempat kejadian sebelum tiga lagi rakannya melarikan diri kerana takut dengan kejadian yang menimpa rakan mereka.
“Motosikal yang dirempuh mangsa ditunggangi seorang remaja berusia 14 tahun yang turut mengalami kecederaan ringan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini,” katanya.
Menurutnya, kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim di talian 04-9781079 bagi membantu siasatan.