TPM: Subjek Kesusasteraan BI diperkenal – Sinar Harian


TPM: Subjek Kesusasteraan BI diperkenal

NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN 20 Ogos 2012

Muhyiddindan isterinya,Norainee bersalamandengankanak-kanak yangturuthadir memeriahkan rumah terbukanya di KompleksPekembar, Pagoh,semalam.

sistem pendidikan negaradijangka boleh menandingi dengan negara termaju di dunia.

“Tetapi kita tidak perlu tunggu sehingga 15 tahun. Kitalihat dalam fasa pertama, apa yang kita boleh lakukan terlebih dahulu,” katanya padasidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Pekembar Pagoh, hari ini.

Beliau berkata, dalam fasapertama terdapat perkaramudah yang boleh dilakukan dahulu yang tidak melibatkan perubahan besar dari segi infrastruktur dan kewangan, akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Muhyiddin menjelaskan, tiga suku proses KSSPN sudah dilakukan dan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan lebih tiga bulan lalu juga telah selesai.

“Hasil dialog ini, kita berjaya memperolehi ratusan cadangan yang diserahkan kepada kementerian oleh Pengerusi Dialog Nasional, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin.

“Cadangan yang memberi impak besar akan dijelaskan kepada PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa melancarkan ‘blue print’ (rangkatindakan) pendidikan, 11 September depan,” katanya.

Beliau berkata, selepas pelancaran itu, dalam tempoh beberapa bulan, kementerian akan mempamerkan beberapa cadangan supaya pihak yang berminta boleh memberi pandangan bernas.

“Akhirnya, kementerian akan membuat kesimpulan pada kajian terakhir sebelum perkara ini dibawa ke Kabinet pada akhir tahun,” katanya.