Tragedi cari kepah
Melaka: Kegembiraan empat kanak-kanak termasuk pasangan adik-beradik yang dipercayai mencari kepah di Sungai Melaka berdekatan Taman Seri Kerubong Fasa 3, di sini, bertukar tragedi memilukan apabila mereka ditemui lemas di sungai itu, petang semalam.
Difahamkan, semua mangsa iaitu Mohd Hazimi Fadzli, 9, dan adik perempuannya, Hanis Balqis, 7, bersama Athafiz Amin, 10, serta Radziatul Nadia Rosnan, 12, berjalan ke kawasan itu, jam 4 petang.
Namun, tidak lama kemudian, seorang daripada kanak-kanak itu terjatuh dalam sungai itu menyebabkan mereka saling membantu lalu lemas.
Beberapa orang awam menyedari kejadian itu terjun untuk menyelamatkan dua mangsa dipercayai pasangan beradik berkenaan yang bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia pada jam 5.47 petang.

Ia diikuti dua mangsa lain yang berjaya ditemui pasukan bomba masing-masing jam 6.01 dan 6.04 petang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.