UPSR: Sekolah bantuan PETRONAS berjaya – Bernama


UPSR: Sekolah bantuan PETRONAS berjaya

2011/07/24

MIRI: Sebanyak 16 daripada 39 sekolah rendah yang terbabit dalam Program Bakti Pendidikan PETRONAS (PBPP) di seluruh negara berjaya mencapai kelulusan 90 peratus dalam tiga mata pelajaran utama Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Sarawak Datin Mary Sadiah Zainuddin hari ini berkata pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik ini menunjukkan keberkesanan program itu sejak dilancarkan lapan tahun LALU.

“Ini adalah pencapaian yang membanggakan khususnya untuk membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berada,” katanya ketika menutup kem motivasi UPSR di bawah PBPP itu di sini.

Beliau berkata, 117 pelajar dari enam sekolah rendah di Miri dan Bintulu terbabit dalam program dua hari itu yang turut disertai guru pakar dari Kementerian Pelajaran dan sukarelawan daripada kalangan eksekutif muda daripada pelbagai unit operasi PETRONAS.

“Program di sini ADALAH siri ketiga dilaksanakan tahun ini selepas kem sama di Terengganu dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya. – BERNAMA