URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 KE GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN


URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 KE GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN

Dengan  segala hormatnya dimaklumkan  bahawa  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  akan melaksanakan urusan  pemangkuan  bagi  jawatan  di  atas. Syarat-syarat pegawai  yang  layak  dipertimbangkan  untuk  pemangkuan  bagi  jawatan berikut:-Penolong  Pegawai  Tadbir Gred  N27  layak  dipertimbangkan  bagi  pemangkuan  ke  Gred  N32 apabila telah:

1.1            Telah disahkan dalam jawatan;

1.2            Dilantik sebagai PPT Gred N27 sebelum atau pada 30.04.2006;

1.3            Telah berkhidmat sebagai PPT Gred N27 tidak kurang daripada 5 tahun pada tarikh tutup permohonan;

1.4            Markah  wajaran LNPT bagi 3 tahun terkini (2008, 2009 dan 2010) tidak  kurang 80%;

1.5            Lulus tapisan  keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (diuruskan oleh BPSM);

1.6            Telah mengisytiharkan  harta berdasarkan  peraturan yang  sedang  berkuat kuasa;

1.7            Bebas daripada tindakan  atau hukuman tatatertib;

1.8            Bebas daripada senarai  Peminjam Pendidikan Tegar;

1.9            Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan; dan

1.10         Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

2.         Semua  permohonan  hendaklah  dibuat dengan menggunakan  borang Lampiran  A  danLampiran  B  dan  disertakan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan di setiap  helaian  muka surat seperti di  bawah:

2.1            satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan  yang telah dikemas kini; dan

2.2            satu (1) salinan  Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3)  tahun  terkini   (tahun 2008, 2009 dan 2010)

3.         Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan pertukaran ke tempat lain.  Oleh hal yang demikian, pemohon  dikehendaki  menyatakan  sama  ada bersedia bertukar  atau  tidak  sekiranya  diluluskan  pemangkuan  di  dalam  borang  permohonan pemangkuan yang dikembarkan bersama.

4.         Semua dokumen  tersebut  hendaklah  dikemukakan  selewat-lewatnya pada 12 Disember 2011 ke  alamat berikut bagi tujuan penyelarasan maklumat ke JPA:

Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5 Dan 12-14, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Veliana binti Ruslan)

5.         Sebarang  pertanyaan  berhubung  urusan  pemangkuan ini  bolehlah  diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

          i.              Puan Shaniza binti Md Sharif                        –           03-8884 7846
          iii.            Encik Mohd Firdaus bin Ibrahim                    –           03-8884 7758

 

Sekian, terima kasih.