Polis cari murid tahun lima – Utusan


Polis cari murid tahun lima

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Zulkepli Bedin dan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Yusnita Samsudin memegang gambar Teratai Kamilia Mohd. Hafiza dan Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika di IPD Kuala Kubu, Hulu Selangor, semalam. – UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

HULU SELANGOR 17 Jan. – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang murid tahun lima yang dipercayai dilarikan teman lelakinya berusia 17 tahun ketika mangsa keluar bersama neneknya di sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Sabtu lalu.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dipercayai dilarikan remaja terbabit, Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, kedua-duanya mengenali satu sama lain ketika bermain permainan dalam talian, kira-kira tiga bulan lalu.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130118/je_01/Polis-cari-murid-tahun-lima#ixzz2IJnVWyb6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kes perogol bersiri disebut 7 Feb. – Utusan


Kes perogol bersiri disebut 7 Feb.

BENTONG 17 Jan. – Kes terhadap seorang perogol bersiri, Rabidin Satir (gambar) yang didakwa merogol dan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun, hampir empat tahun lalu di Kampung Ketari akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Februari ini.

Majistret Nurliyana Ismail menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Aiman Fikri Kwee yang kertas siasatan kes itu masih diteliti oleh Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Rabidin, 42, didakwa pada 12 Disember tahun lalu atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari di sini antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009

Dakwaan terhadap penganggur itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130118/ma_03/Kes-perogol-bersiri-disebut-7-Feb#ixzz2IJn1kgdy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kerajaan beri perhatian serius subjek Sejarah – Utusan


Kerajaan beri perhatian serius subjek Sejarah

KOTA KINABALU 16 Jan. – Kerajaan memandang serius kepentingan mata pelajaran Sejarah, seterusnya memastikan penghayatan guru dan pelajar dalam mata pelajaran itu bukan sekadar untuk lulus periksa semata-mata.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keberkesanan pelajaran berkenaan dalam kalangan pelajar.

“Saya setuju dengan beliau (Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim), sebab itulah kenapa Menteri Pelajaran arahkan kita membuat kajian semula tentang mata pelajaran sejarah ini di mana laporan telah dihantar kepada Menteri Pelajaran.

“Walaupun kita mewajibkan lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun hadapan, ini bukan bermakna kita tumpu kepada peperiksaan semata-mata, tetapi kita melihat betapa pentingnya mata pelajaran Sejarah ini,” katanya.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130117/dn_06/Kerajaan-beri-perhatian-serius-subjek-Sejarah#ixzz2IBd8U4iR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sekolah band rendah dilonjak – Utusan


Sekolah band rendah dilonjak

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 16 Jan. – Kementerian Pelajaran menyasarkan 50 peratus daripada 1,847 sekolah yang berada pada band lima, enam dan tujuh dilonjakkan kepada sekurang-kurangnya band empat pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sasaran yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai program yang dilaksanakan pihak kementerian.

“Kita telah wujudkan Program Penambahbaikan Sekolah (SIP) yang mana guru-guru cemerlang dihantar bagi mewujudkan penanda aras dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan di sekolah tersebut, seterusnya membangunkannya supaya cemerlang.

“Selain itu, kita terus memberi tumpuan kepada gred purata sekolah, sebab itu, kalau boleh sekolah-sekolah ini kita lonjakkan kepada band empat sebelum bergerak ke band tiga, dua dan seterusnya,” katanya.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130117/dn_05/Sekolah-band-rendah-dilonjak#ixzz2IBczaTf9
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ibu bapa perlu awasi risiko laman sosial terhadap kanak-kanak – Utusan


Ibu bapa perlu awasi risiko laman sosial terhadap kanak-kanak

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ibu bapa disaran mengawasi penggunaan internet termasuk laman media sosial dalam kalangan kanak-kanak bagi menggelakkan golongan itu berdepan dengan pelbagai risiko termasuk gejala sosial.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi (gambar) berkata, berdasarkan maklum balas diterima SKMM dalam tinjauan awam baru-baru ini, sebanyak 65.5 peratus daripada responden berpendapat laman media sosial banyak memberikan risiko negatif terhadap kanak-kanak.

Malah jelasnya, tinjauan itu juga mendapati sebanyak 92.5 peratus bersetuju golongan ibu bapa seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengawasi anak-anak dalam penggunaan Internet dan laman media sosial berbanding guru, penyedia perkhidmatan internet (ISP) serta kerajaan.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_14/Ibu-bapa-perlu-awasi-risiko-laman-sosial-terhadap-kanak-kanak#ixzz2I7hCSsqq
© Utusan Melayu (M) Bhd

NUTP tolak dakwaan – Utusan


NUTP tolak dakwaan

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan kenyataan yang mendakwa ramai guru Sejarah tidak faham sejarah negara.

Presidennya, Hashim Adnan menegaskan, adalah tidak mungkin guru Sejarah kabur dalam memberikan penerangan tentang sejarah negara kerana perkara tersebut adalah pengkhususan yang ditekankan ketika berada di universiti.

“Kalau benar dakwaan itu, bagaimana seorang guru boleh mengajar subjek tersebut sehingga ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan awam negara.

“Saya tidak tahu di mana beliau mendapat maklumat tersebut, tetapi saya yakin guru Sejarah di negara ini yang telah bertahun-tahun belajar dan mengajar subjek tersebut faham serta mahir dengan apa juga tajuk dalam sukatan pelajaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_06/NUTP-tolak-dakwaan#ixzz2I7h12MPE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ibu bapa jangan salahkan kerajaan – Utusan


Ibu bapa jangan salahkan kerajaan

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Jan. – Ibu bapa yang terlibat membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah menyertai himpunan pembangkang Sabtu lalu tidak boleh menyalahkan kerajaan sekiranya mereka dikenakan tindakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon berkata, ini kerana amaran telah dikeluarkan berhubung kesalahan mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihaknya, kata beliau, akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengingkari arahan tersebut.

“Kalau kita tengok anak dibawa dalam kereta sorong, umur tidak sampai setahun pun mereka bawa.

“Lagi satu anak- anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan dipakaikan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130115/je_04/Ibu-bapa-jangan-salahkan-kerajaan#ixzz2HzdkJUnU
© Utusan Melayu (M) Bhd

SKM tidak akan ditutup – Utusan


SKM tidak akan ditutup

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 6 Jan. – Kementerian Pelajaran tidak akan menutup sekolah kekurangan murid (SKM) selagi tidak mendapat persetujuan ibu bapa pelajar walaupun terpaksa menampung kos yang tinggi bagi memastikan sekolah tersebut terus beroperasi.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selain komitmen kerajaan untuk memberi pendidikan kepada rakyat, negara juga telah menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggunakan dasar Pendidikan Untuk Semua.

Menurutnya, kewujudan SKM berpunca daripada penutupan ladang-ladang yang dimajukan, sekolah di pulau-pulau kecil dan kawasan pedalaman yang kian ditinggalkan.

“Pihak kementerian akan hanya menutup atau menggabungkan SKM sekiranya keluarga pelajar bersetuju berpindah dan pada masa sama mereka tidak menanggung beban untuk ke sekolah baharu.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130107/dn_08/SKM-tidak-akan-ditutup#ixzz2HG7GvrCL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Warga emas ditahan rogol dua beradik – Utusan


Warga emas ditahan rogol dua beradik

MUAR 3 Jan. – Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam kerana disyaki merogol dua beradik perempuan berusia 11 dan 14 tahun di sebuah kampung di Parit Jawa di sini semasa cuti persekolahan akhir tahun baru-baru ini.

Mangsa dua beradik yang tinggal berjiran dengan warga emas berkenaan mendakwa diperlakukan demikian semasa cuti panjang antara awal November hingga hujung Disember lalu.

Rahsia perbuatan lelaki berusia lingkungan 60-an itu terbongkar apabila remaja berkenaan mengadu sakit perut dan tidak sedap badan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya petang semalam.

Menurut sumber yang enggan dikenali, rahsia berkenaan terbongkar apabila ibu kanak-kanak itu menyoal berkali-kali mengenai punca kesakitan tersebut dan remaja itu mula menceritakan perbuatan jijik warga emas berkenaan.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130104/je_04/Warga-emas-ditahan-rogol-dua-beradik#ixzz2GzZOOsk2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Nurul Dahyatul Fazlinda impikan wajah cantik seperti orang lain – Utusan


Nurul Dahyatul Fazlinda impikan wajah cantik seperti orang lain

HULU TERENGGANU 3 Jan. – Meskipun detik hitam yang menyebabkan mukanya berparut akibat simbahan asid bapa sendiri sudah dua tahun berlalu namun Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 11, tetap memasang impian mempunyai wajah cantik seperti orang lain.

Nurul Dahyatul Fazlinda yang kini melangkah ke alam remaja berharap sekurang-kurangnya parut di mukanya tidak lagi ketara dan akan beransur lenyap kelak.

“Saya nak cantik macam dulu, kalau boleh nak cantik macam kawan-kawan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setar, dekat sini hari ini.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, walaupun telah menjalani pembedahan bagi memulihkan semula wajahnya dia masih berasa gatal-gatal di seluruh mukanya sepanjang waktu.

Bagaimanapun katanya, masalah itu tidak menghalangnya untuk meneruskan sesi baharu persekolahan Selasa lalu seperti murid lain.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130104/dn_12/Nurul-Dahyatul-Fazlinda-impikan-wajah-cantik-seperti-orang-lain#ixzz2GzYxtobG
© Utusan Melayu (M) Bhd