Oleh SHAUN HO
KLANG: Salah seorang adik-beradik yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas telah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, warga Nepal.
Ketua Polis Klang Selatan Mohamed Mat Yusop berkata pemeriksaan perubatan menunjukkan tanda-tanda hubungan seks pada Chen Poh Choo, 15.
“Kami percaya gadis mengadakan hubungan seks dalam tempoh kehilangannya.
“Kami telah menahan seorang lelaki Nepal berusia 32 tahun yang dipercayai menjadi teman lelakinya,” katanya dalam satu sidang akhbar, Selasa.
Mohamed berkata teman lelakinya adalah seorang pekerja am di pusat beli-belah di Klang dan akan direman selama dua minggu.
Dia akan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Rogol Berkanun.
“Adik-beradik itu masih di hospital dan akan diserahkan kepada keluarga mereka hari ini atau esok.
“Jika mereka masih enggan untuk kembali, saya akan rujuk mereka kepada Jabatan Kebajikan,” tambah beliau.
Sebelum ini dilaporkan Poh Choo dan adiknya Poh Fong, 13, telah hilang sejak Khamis lalu.
Polis menemui mereka di rumah teman lelaki di Taman Sentosa di sini pada pukul 2 petang, Isnin.
Mohamed berkata siasatan mendedahkan mereka lari bersama teman lelaki.
“Kami percaya adiknya juga mempunyai teman lelaki Nepal.
“Mereka bertemu lelaki warga asing pada Disember dan telah keluar dengan mereka sebanyak empat kali sebelum mereka melarikan diri,” katanya.