APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012


APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN  SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012  melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 29 Mei 2012 jam 10 pagi. Talian bantuan             03-88844083       boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah.
Sekian, terima kasih.

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013


SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet  boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my  bermula 25 April 2012. Pemohon yang membuat semakan dan  BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.
Sekian, terima kasih.