Kanak-kanak 12 tahun dirogol bapa saudara – Sinar Harian


Kanak-kanak 12 tahun dirogol bapa saudara

ROSDALILAH ZAHARI
7 Februari 2013

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa saudaranya sendiri apabila dirogol di rumahnya di Tronoh dekat sini, sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya, yang menghidap barah usus dan lima adik-beradik yang lain, di rumah berkenaan.

Menurutnya, bapa saudara mangsa yang berusia 52 tahun itu juga tinggal bersama keluarga terbabit di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.

Remaja 15 tahun rela ‘diratah’, bapa dakwa anaknya dirogol – Sinar Harian


Remaja 15 tahun rela ‘diratah’, bapa dakwa anaknya dirogol

ROSDALILAH ZAHARI
30 Januari 2013

IPOH – Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

UPSR: 3,718 dapat A semua subjek di Perak – Sinar Harian


UPSR: 3,718 dapat A semua subjek di Perak

ROSDALILAH ZAHARI
19 November 2012

IPOH – Seorang calon kelainan upaya (OKU) dan dua anak Orang Asli antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Perak, tahun ini.

Mereka antara 3,718 calon yang berjaya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran diambil.