Tindakan ibu bapa dikecam – Utusan


Tindakan ibu bapa dikecam

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu kota semalam mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

KUALA LUMPUR 29 April – Tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu dikecam sekeras-kerasnya, sekali gus disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Tan Sri Zaleha Ismail berkata, ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak dan bukannya sengaja mendedahkan mereka kepada risiko yang boleh mengancam nyawa.

”Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sahaja memberi makan minum kepada anak-anak, malah, perlu dipastikan keselamatannya.

”Jika beli rumah sekalipun mereka perlu memastikan persekitarannya selamat, sedangkan tempat perhimpunan semalam sudah diketahui boleh mengundang bahaya seperti rusuhan,” katanya kepada¬†Utusan Malaysia¬†di sini hari ini.