Zambry: Pelan Pembangunan Pendidikan, Petanda Baik Untuk Masa Depan Negara – Bernama


Zambry: Pelan Pembangunan Pendidikan, Petanda Baik Untuk Masa Depan Negara

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dirangka untuk generasi baharu sebagai petanda baik untuk masa depan pendidikannegara.

Beliau berkata pelan yang laporan awalnya dibentangkan semalam olehTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan transformasi sektorpendidikan yang merentasi politik.

“Seperti yang disebutkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) soalpendidikan bukan merupakan soal politik tetapi yang penting ialah bagaimanamelahirkan generasi yang benar-benar berwibawa untuk masa depan negara, generasiyang ada kemahiran dan dapat dibimbing berteraskan nilai-nilai moral yangbaik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Beliau berkata mengulas Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013-2025 yang dilancarkan perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpursemalam.

Katanya pelan pendidikan itu juga adalah untuk memastikan sektor pendidikannegara berada di tahap kompetitif khususnya di peringkat antarabangsa.

Laporan itu menggariskan 11 anjakan penting bagi tempoh 13 tahun akan datangantaranya merancang Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) menjelang 2017, meningkatkan kemahiran BahasaInggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulusCambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun dan mentransformasiprofesion perguruan.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, keseluruhan anjakan ini akanmemberi impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. BERNAMA