SESI PERSEKOLAHAN 2015 DITANGGUH SEMINGGU – MUHYIDDIN


Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

“Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/25802

Kami tidak terkejut dengan kebocoran soalan UPSR – PAGE


Kami tidak terkejut dengan kebocoran soalan UPSR – PAGE

email
comments
Kami tidak terkejut dengan kebocoran soalan UPSR - PAGE

PAGE: Saya tidak terkejut dengan kebocoran soalan UPSR – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) tidak terkejut dengan kejadian kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kebocoran soalan kertas peperiksaan sudah menjadi perkara biasa yang terjadi hampir saban tahun.

“Ia berlaku setiap tahun dan saya tidak tahu kenapa isu itu menjadi terlalu besar tahun ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan harus menyiasat kes ini dan mengenal pasti individu yang terlibat.

“Siapa yang harus bertanggungjawab perlu didedahkan dan digantung dari jawatannya untuk mengelakkan insiden ini dari berulang,” ujarnya.

Tegasnya, kementerian juga perlu menjelaskan difinisi kebocoran yang dimaksudkan.

“Jika ia adalah kertas difotokopi atau kertas soalan mempunyai perkataan yang sama, maka ia tidak dianggap bocor,” katanya.

Peperiksaan bagi kertas Sains mengikut jadual asal sepatutnya diduduki pada pagi Khamis tetapi kini ditangguhkan kepada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan.

Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan soalan bagi Matematik Kertas 1 yang diduduki pada pagi Rabu dipercayai juga tersebar seawal-awalnya pada petang Selasa melalui jaringan media sosial.

Polis memulakan siasatanberhubung kebocoran kertas soalan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah mengikut peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, lapor The Malaysian Insider.

Siasatan itu dibuat susulan laporan yang difahamkan difailkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na’imah Ishak di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada petang Rabu.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR BOCOR, CALON PERLU DUDUKI SEMULA


Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula

PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.

Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.

Kertas Sains UPSR bocor disiasat bawah OSA, kata polis


Kertas Sains UPSR bocor disiasat bawah OSA, kata polis

email
comments
Kertas Sains UPSR bocor disiasat bawah OSA, kata polis

Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor – Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Polis memulakan siasatan berhubungkebocoran kertas soalan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendahmengikut peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, lapor The Malaysian Insider.

Siasatan itu dibuat susulan laporan yang difahamkan difailkan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na’imah Ishak di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada petang Rabu.

“Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 (1) (e) OSA. Tiada tangkapan dibuat setakat ini,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa seperti dipetik oleh The Malaysian Insider.

Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor.

Peperiksaan bagi kertas Sains mengikut jadual asal sepatutnya diduduki pada pagi Khamis tetapi kini ditangguhkan kepada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan. Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR sepatutnya selesai.

Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sementara itu,Astro AWANI melaporkan soalan bagi Matematik Kertas 1yang diduduki pada pagi Rabu dipercayai juga tersebar seawal-awalnya pada petang Selasa melalui jaringan media sosial.

Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas laporan enggan memberi sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memberi amaran kepada guru-guru untuk tidak bersubahat dengan pihak yang membocorkan kertas peperiksaan awam.

Presiden NUTP, Hashim Adnan menyifatkan tindakan itu sebagai bersekongkol dengan penjenayah serta tidak jujur dan amanah.

“Kalau guru juga menjadi agen penyebaran maklumat tersebut dan didapati terbukti memang guru terlibat secara langsung dalam perkara ini maka mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib,” kata Hashim kepada Astro AWANI.

Dalam pada itu, NUTP sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan untuk menyiasat jika terdapat guru yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam pembocoran soalan peperiksaan itu.

Pada masa sama, Hashim juga menyarankan pihak berkuasa agar mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kertas peperiksaan bagi mengelak perkara sebegini berulang kembali.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Pada tahun lepas, peperiksaan kertas Matematik dan Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa dibocorkan dalam sebuah seminar persiapan menjelang peperiksaan di Kuala Lumpur.

Siasatan polis bagaimana pun mengesahkan dua kertas soalan itu tidak bocor sebaliknya seminar itu yang dianjurkan beberapa hari sebelum peperiksaan SPM hanya membincangkan kertas soalan tahun-tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Guru jangan subahat bocor soalan peperiksaan, tegas NUTP


Guru jangan subahat bocor soalan peperiksaan, tegas NUTP

email
comments
Guru jangan subahat bocor soalan peperiksaan, tegas NUTP

NUTP: Golongan pendidik yang bersubahat membocorkan kertas soalan tidak jujur dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. – Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Golongan guru dinasihatkan tidak bersubahat dengan pihak yang membocorkan kertas peperiksaan, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.Hashim turut menyifatkan golongan pendidik yang berbuat demikian sebagai tidak jujur dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Kita tidak mahu guru bersubahat dengan penjenayah. Orang yang bocorkan kertas soalan ini pada kita, kita anggap dia sebagai penjenayah (kerana) tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti.

“Pada bungkusan tersebut telah dinyatakan setiap kertas soalan itu sulit, bermaksud tidak boleh disebarkan kepada siapa-siapa (yang tidak berkenaan).

“Kalau guru juga menjadi agen penyebaran maklumat tersebut dan didapati terbukti memang guru terlibat secara langsung dalam perkara ini maka mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib,” kata Hashim ketika dihubungi Astro AWANI di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, NUTP sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan untuk menyiasat jika terdapat guru yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam pembocoran soalan peperiksaan itu.

Pada masa sama, Hashim juga menyarankan pihak berkuasa agar mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kertas peperiksaan bagi mengelak perkara sebegini berulang kembali.

Hashim memberikan reaksinya susulan penangguhan peperiksaan Kertas Sains yang dijadual diduduki oleh lebih 470,000 calon UPSR pada Khamis.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Pada tahun lepas, peperiksaan kertas Matematik dan Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa dibocorkan dalam sebuah seminar persiapan menjelang peperiksaan di Kuala Lumpur.

Siasatan polis bagaimana pun mengesahkan dua kertas soalan itu tidak bocor sebaliknya seminar itu yang dianjurkan beberapa hari sebelum peperiksaan SPM hanya membincangkan kertas soalan tahun-tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor.

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

10 September 2014

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/5459 

APLIKASI SEMAKAN PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI & KEJURULATIHAN SUKAN (DAJPKS) AMBILAN 2013


APLIKASI SEMAKAN PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI & KEJURULATIHAN SUKAN (DAJPKS) AMBILAN 2013

02 September 2014

Sukacita dimaklumkan, semakan pengesahan kehadiran Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) Ambilan 2013 kini dibuka bermula 2 September 2014 sehingga 15 September 2014. Sila layarihttp://apps.moe.gov.my/abpg/DAPJKSKONVO untuk semakan secara dalam talian.

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH RENDAH 2014


APLIKASI SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH RENDAH 2014

02 September 2014

Sukacita dimaklumkan, semakan tawaran bagi permohonan mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014 untuk guru sekolah rendah kini dibuka bermula 2 September 2014 sehingga 12 September 2014. Sila layarihttp://apps.moe.gov.my/abpg/PROGRAMBPG untuk semakan secara dalam talian.

Semakan tawaran permohonan PITO 2014 bagi guru sekolah menengah akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum.

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATBM)


ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATBM)

30 August 2014

PENGENALAN

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATBM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang turut terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2014 yang dijadualkan bulan Oktober 2014.

 

Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, dua orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu yang telah dianugerahkan dengan nilai hadiah berjumlah RM10,000 iaitu :

 

a.    YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar (2012)

b.   YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Haji Othman (2013)

 

 

PENCALONAN

Maklumat permohonan berkaitan Pencalonan dan  Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014 dilayari melalui pautan seperti berikut :

 

a.    Kriteria Pemilihan Calon (Lampiran A);

b.    Syarat dan Peraturan Umum (Lampiran B); dan

c.    Borang Pencalonan (Lampiran C);

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2014. Semua permohonan/pencalonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, boleh berhubung dengan sekretariat ATBM 2014 seperti berikut  :

 

Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5096 / marina.nowalid@moe.gov.my

 

Puan Nor Liyana binti Mohd Bokti

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5083 / liyana.bokti@moe.gov.my

 

Cik Lim Sue Yuen

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5118 / limsueyuen@moe.gov.my

 

 

 

Sekretariat Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat Turun
Lampiran A_Kriteria Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014
Lampiran B_Syarat dan Peraturan Umum
Lampiran C_Borang Pencalonan