SESI PERSEKOLAHAN 2015 DITANGGUH SEMINGGU – MUHYIDDIN


Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

“Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/25802

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE 018
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor.

Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

10 September 2014

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/5459 

APLIKASI SEMAKAN PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI & KEJURULATIHAN SUKAN (DAJPKS) AMBILAN 2013


APLIKASI SEMAKAN PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI & KEJURULATIHAN SUKAN (DAJPKS) AMBILAN 2013

02 September 2014

Sukacita dimaklumkan, semakan pengesahan kehadiran Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) Ambilan 2013 kini dibuka bermula 2 September 2014 sehingga 15 September 2014. Sila layarihttp://apps.moe.gov.my/abpg/DAPJKSKONVO untuk semakan secara dalam talian.

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH RENDAH 2014


APLIKASI SEMAKAN TAWARAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH RENDAH 2014

02 September 2014

Sukacita dimaklumkan, semakan tawaran bagi permohonan mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014 untuk guru sekolah rendah kini dibuka bermula 2 September 2014 sehingga 12 September 2014. Sila layarihttp://apps.moe.gov.my/abpg/PROGRAMBPG untuk semakan secara dalam talian.

Semakan tawaran permohonan PITO 2014 bagi guru sekolah menengah akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum.

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATBM)


ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATBM)

30 August 2014

PENGENALAN

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATBM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang turut terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2014 yang dijadualkan bulan Oktober 2014.

 

Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, dua orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu yang telah dianugerahkan dengan nilai hadiah berjumlah RM10,000 iaitu :

 

a.    YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar (2012)

b.   YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Haji Othman (2013)

 

 

PENCALONAN

Maklumat permohonan berkaitan Pencalonan dan  Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014 dilayari melalui pautan seperti berikut :

 

a.    Kriteria Pemilihan Calon (Lampiran A);

b.    Syarat dan Peraturan Umum (Lampiran B); dan

c.    Borang Pencalonan (Lampiran C);

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2014. Semua permohonan/pencalonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, boleh berhubung dengan sekretariat ATBM 2014 seperti berikut  :

 

Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5096 / marina.nowalid@moe.gov.my

 

Puan Nor Liyana binti Mohd Bokti

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5083 / liyana.bokti@moe.gov.my

 

Cik Lim Sue Yuen

No. Telefon/e-mel  :         03-8870 5118 / limsueyuen@moe.gov.my

 

 

 

Sekretariat Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat Turun
Lampiran A_Kriteria Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014
Lampiran B_Syarat dan Peraturan Umum
Lampiran C_Borang Pencalonan

 

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JANUARI – DISEMBER TAHUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) – NUTP


Tarikh Berita/News Date:
08/08/2014
Sumber : http://www.nutp.org/new/ms/node/1604

SEMAKAN SENARAI CALON BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA BAGI TAHUN 2015


SEMAKAN SENARAI CALON BAGI PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA BAGI TAHUN 2015

11 August 2014

“Sukacita dimaklumkan bahawa semakan senarai calon berjaya hadir temuduga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana bagi Tahun 2015 dijangka akan diiklankan di laman sesawang KPM pada minggu ke-4 Ogos 2014, manakala temuduga dijangka akan bermula pada minggu ke-2 September 2014. Sila layari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut”.

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014


SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014

13 August 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 14 Ogos 2014 (12.01am) sehingga 17 Ogos 2014 (11.59pm).

Harap maklum.