Kencing likat darah – Metro


Kencing likat darah

Oleh Suraya Roslan dan Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DERITA...Muhammad Fahmi dirawat di HTJS.
DERITA…Muhammad Fahmi dirawat di HTJS.

SEREMBAN: Air kencing dipenuhi darah berwarna hitam pekat, tidak boleh berjalan dan hanya boleh bersolat atas kerusi berikutan kaki berasa kebas.

Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang memaksa mangsa melakukan ketuk ketampi melebihi 200 kali hanya gara-gara tidak mengambil air minuman.

Mangsa, Muhammad Fahmi Mazzalan, 14, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkemungkinan menghadapi masalah buah pinggang dan hati akibat ‘senaman’ melampau dalam kejadian 26 September lalu.

“Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat,” kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam.

 

 

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02

Dara sunti dirogol kekasih – Sinar Harian


Dara sunti dirogol kekasih
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Julai 2012
GEORGETOWN – Tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk bertemu kekasih berakhir dengan episod hitam apabila dia dirogol.

Episod hitam pelajar tingkatan lima bermula selepas dia dipelawa meminum air tin ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru, kelmarin.

Mangsa bersama teman lelakinya menikmati air minuman tin sebelum suspek mengajak mangsa menaiki bas ke sebuah lagi pasar raya berdekatan.

Sebaik sampai ke lokasi berkenaan, mangsa dikatakan berasa pening dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Ketika itulah mangsa diambil kesempatan dan dijadikan habuan pemuas nafsu kekasih durjana itu.

Menurut sumber, gadis itu hanya menyedari dirinya diperlakukan demikian dan diperkosa selepas kembali tersedar kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa apabila melihat kekasihnya berada di sebelah dan di lokasi yang dia sendiri tidak ketahui.

“Mangsa kemudian melarikan diri dan pulang ke rumah dan memaklumkan ibu bapanya mengenai kejadian itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Pelajar perempuan jadi mangsa keadaan mati ditikam – Utusan


Pelajar perempuan jadi mangsa keadaan mati ditikam

15/04/2012 12:05pm

 

 

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

 

KUALA LUMPUR 15 April – Hasrat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun untuk membeli air minuman di pasar malam Wira Damai, Selayang tidak kesampaian apabila dia maut ditikam secara tidak sengaja oleh seorang lelaki tidak dikenali, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Nor Fatahana Misnawi, yang tinggal di Kampung Wira Damai dekat sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran sejurus selepas ditikam.

Difahamkan, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Sungai Kertas itu menjadi mangsa keadaan apabila dia ditikam pada rusuk kanannya dengan pisau yang dipegang suspek yang ketika itu sedang mengejar seorang lelaki Indonesia di tengah-tengah pasar malam itu.

Semasa kejadian, mangsa sedang membeli air minuman bersama kakaknya yang berusia 15 tahun dan seorang rakan mereka di pasar malam terbabit. – UTUSAN