SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (KV) DI KOLEJ SWASTA


SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (KV) DI KOLEJ SWASTA

13 August 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Tawaran ke Program Kolej Vokasional (KV) di Kolej Swasta, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 14 Ogos 2013 (Rabu) sehingga 26 Ogos 2013 (Isnin).

Maklumat lanjut di http://apps.moe.gov.my/esptv/ks_semaktawaran2013/

Sekian, terima kasih.

 

PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.


PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.

12 July 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Kolej Vokasional di Kolej Swasta, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Julai 2013 (Isnin) sehingga 21 Julai 2013 (Ahad).

Sekian, terima kasih.

Pelajar terlibat kes samun – Sinar Harian


Pelajar terlibat kes samun
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012

Kedai serbanika 24 jam.
PORT DICKSON – Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di negeri ini antara enam lelaki yang berjaya diberkas polis selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pekan Lukut, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 31 tahun berasal dari sekitar Seremban.

“Salah seorang daripadanya adalah pelajar tingkatan lima, empat penuntut di sebuah kolej swasta di Shah Alam dan seorang lagi pekerja di sebuah hotel di Seremban.

“Polis berjaya memberkas kesemua suspek yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di susur masuk tol Lebuhraya Lukut-Seremban tidak sampai 15 minit selepas kejadian tersebut berlaku,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Polis bersama Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Port Dickson di perkarangan Masjid Port Dickson, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Ab Khalid Mat; Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah dan Pegawai Perpaduan daerah, Zaizulman Zainal Abidin.

Abd Wahab berkata, dalam kejadian itu, suspek melakukan jenayah samun sekitar jam 4 pagi.

“Dua suspek masuk ke kedai berkenaan dan mengugut jurujual dengan membawa senjata kayu cota sebelum melarikan beberapa botol minuman keras dan rokok dengan jumlah keseluruhannya RM387.20.

“Empat lagi suspek menunggu di dalam kereta jenis Proton Waja berwarna perak dan kesemua mereka cuba meloloskan diri memandu menghala ke arah Seremban sebelum kenderaan mereka dipintas sebuah kereta peronda polis kurang dari 15 minit selepas kejadian selepas mangsa membuat aduan kepada polis,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan reman sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan.

“Mereka ini juga dipercayai turut melakukan samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Telok Kemang pada jam 12 tengah malam hari sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan,” katanya.

Malah katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek bergerak secara berkumpulan dalam melakukan kegiatan jenayah samun.

“Suspek adalah dari kumpulan lain dan tidak terlibat dengan sekumpulan 13 suspek kes samun yang berjaya diberkas polis pada awal pagi Ahad 23 Julai lalu di Hotel Sunshine Bay.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, kita yakin akan menyelesaikan beberapa kes samun lain di sini,” katanya.

Abd Wahab turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada polis agar tindakan pantas memberkas suspek dapat dilakukan.

“Kejayaan polis memberkas enam suspek ini adalah hasil daripada maklumat segera yang disalurkan oleh mangsa.

“Kerjasama masyarakat dalam membantu polis menangani dan membanteras jenayah sangat dihargai,” katanya lagi.

2 beradik mati berpelukan – Metro


2 beradik mati berpelukan

Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAWAU: Akrab hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran tragedi membabitkan dua beradik yang mati rentung dalam keadaan berpelukan apabila rumah mereka di Kampung Titingan di sini, terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, tujuh rumah musnah membabitkan 23 keluarga dan 74 penghuni, termasuk 35 kanak-kanak yang dipercayai berpunca litar pintas.
Kedua-dua mangsa, Andi Hera Andi Muddah, 19, dan adiknya, Putri Intan Andi Muddah, 6, ditemui rentung dalam bilik tidur mereka dipercayai terperangkap.

 

Menurut nenek mangsa, Rahmah Bedurahman 65, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang lena dan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar suara orang ramai berteriak supaya menyelamatkan diri.
Selepas keluar dari rumah, katanya, mereka menyedari kedua-dua mangsa masih belum keluar hingga memaksa seorang daripada anaknya masuk semula ke rumah untuk cuba menyelamatkan mereka.
“Pintu bilik mereka terkunci dari dalam menyebabkan anak saya cuba menendang pintu, tetapi gagal kerana api semakin marak membakar rumah.

 

 

“Cucu sulung saya itu bercita-cita menjadi jururawat dan bakal melanjutkan pengajian ke sebuah kolej swasta pada 28 Januari ini,” katanya yang masih sedih dengan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai tidur dan tidak menyedari kejadian berkenaan.

 

“Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa dengan masuk ke dalam rumah berkenaan, tetapi gagal. Anggota bomba menemui kedua-duanya rentung dalam keadaan berpelukan sejurus api dipadamkan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Rudy berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 3.50 pagi seterusnya mengerahkan dua jentera serta empat kenderaan utiliti bersama 21 anggota ke tempat kejadian.
Sebaik sampai di tempat kejadian, keadaan begitu kelam-kabut dengan orang ramai cuba membantu memadamkan kebakaran dan menyelamatkan harta-benda.
“Apabila bomba sampai di tempat kejadian, rumah itu sudah hampir 70 peratus musnah.