Kerajaan sedia timbang cadangan gabungkan 27 IPGM jadi universiti – Berita Harian


Kerajaan sedia timbang cadangan gabungkan 27 IPGM jadi universiti

2013/09/20 – 12:27:04 PMCetakEmel Kawan
TANJUNG MALIM: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menggabungkan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menjadi universiti pendidikan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun cadangan itu memerlukan kajian terperinci bagi menentukan keperluannya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog dengan pelajar dan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, di sini, sebentar tadi.

HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN – SPP


HARI MESRA PELANGGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Program Hari Mesra Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan diadakan di Tea Garden, SEAMO, RECSAM, Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Februari 2013 (Isnin) dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Anggota Perkhidmatan Pelajaran yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pelantikan dan perkhidmatan serta orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Sokongan dijemput hadir.

Muat naik pada 18 Februari 2013

 

Sultan Azlan Shah lancar biografi Cikgu Selvamany – Utusan


Sultan Azlan Shah lancar biografi Cikgu Selvamany

SULTAN Azlan Shah menerima senaskhah buku biografi bertajuk Selvamany: More Than A Teacherdaripada N. S. Selvamany di Hotel Royale Of Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat.

Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yang pernah menjadi anak murid kepada Datuk Seri N. S. Selvamany atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Selvamany.

Selama 20 tahun mengabdikan diri sebagai pendidik bermula pada 1952 di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, Perak, Selvamany dikenali sebagai seorang guru yang bukan sahaja amat prihatin dalam soal pendidikan anak muridnya malah mengambil berat aspek kebajikan dan kesihatan mereka ketika di sekolah.

Salah seorang anak murid Selvamany di sekolah itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan bekas gurunya itu sebagai seorang yang penyayang dan amat mengambil berat terhadap permasalahan pelajar-pelajarnya.

“Beliau tidak pernah merotan atau menggunakan kekerasan terhadap pelajarnya. Beliau memenangi hati pelajarnya dengan kasih-sayang, keikhlasan dan sikap mengambil berat yang tulus. Kami semua tidak dilayan sebagai pelajar tetapi lebih sebagai sahabatnya,” kata Tengku Razaleigh dalam buku biografi ‘Selvamany: More Than a Teacher’ yang dilancarkan, di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan melancarkan biografi setebal 280 muka surat yang menceritakan secara terperinci pengalaman pahit manis Selvamany yang kini berusia 85 tahun ketika berkhidmat sebagai pendidik.