Gadis hilang dijumpai semula
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Dis – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang bersama teman lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook pada Isnin lalu, ditemui selamat di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau mesra dipanggil Dayah oleh keluarganya ditemui oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas menyerbu hotel berkenaan pada pukul 6 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika serbuan, terdapat tiga remaja lelaki dan seorang remaja perempuan lain berada dalam bilik hotel tersebut.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121210/je_01/Gadis-hilang-dijumpai-semula#ixzz2EbZu8DtF
© Utusan Melayu (M) Bhd