Kementerian rancang hapus jaminan jawatan guru pelatih – Bernama


Kementerian rancang hapus jaminan jawatan guru pelatih

PUTRAJAYA 27 Mei – Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.

“Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.

“Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

“Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130527/dn_35/Kementerian-rancang-hapus-jaminan-jawatan-guru-pelatih#ixzz2UUrlBeCL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara – Utusan


Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara

KOTA BAHRU 19 Mei – Lebih 20,000 orang guru terlibat dalam pelaksanaan Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQaf) di semua sekolah rendah kerajaan termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran, Abdullah Md. Din berkata, setiap sekolah kini sudah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru JQaf yang bertanggungjawab mengajar pelajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain kepada murid-murid beragama Islam dari tahun satu hingga tahun enam.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan untuk menempatkan sekurang-kurangnya tiga guru JQaf menjelang tahun 2016 di setiap sekolah rendah dengan kira-kira 2,470 lagi guru baru dari program itu bakal tamat latihan di beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) terpilih pada Jun ini.

Jelasnya lagi, biarpun menumpukan kepada pendidikan agama di sekolah rendah, guru JQaf menikmati taraf dan gred gaji yang sama seperti diperoleh warga pendidik lain yang berkelulusan ijazah sarjana muda.

“Mulai tahun ini kita sudah dapat memastikan setiap sekolah mempunyai seorang guru JQaf termasuk bagi sekolah kurang murid serta SJKC dan SJKT yang biasanya mempunyai jumlah murid Islam yang sedikit.

“Bagaimanapun bilangan guru yang ada sekarang masih belum mencukupi kerana jika mengikut modul yang digunakan, kita memerlukan tiga orang guru bagi mengendalikan pengajian tahsin al-Quran untuk membolehkan latih tubi yang berkesan kepada murid-murid dalam sesebuah kelas.

“Mengikut unjuran yang kita buat, menjelang tahun 2016 nanti kita berharap mampu mencapai sasaran sekurang-kurangnya tiga guru bagi setiap sekolah apabila lebih ramai kumpulan guru pelatih tamat pengajian program JQaf sejak ia diperkenal pada 2006,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Kesenian Warisan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Islah mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130519/dn_20/Lebih-20000-guru-terlibat-program-JQaf-seluruh-negara#ixzz2Tk63lYim
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG DITEMU DUGA MULAI 19 FEBRUARI 2013. – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG DITEMU DUGA MULAI 19 FEBRUARI 2013.

Keputusan ini akan dimuat naik secara berperingkat mengikut tarikh temu duga. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukakan terus kepada calon. Keputusan boleh disemak di sini.

Tarikh temu duga:

19 Februari 2013 – 22 Februari 2013
25 Februari 2013 – 1 Mac 2013
5 Mac 2013 – 8 Mac 2013
11 Mac 2013 – 15 Mac 2013
19 Mac 2013 – 22 Mac 2013
26 Mac 2013 – 28 Mac 2013
17 April 2013 – 19 April 2013

Muat naik pada 3 Mei 2013 dan dikemaskini pada 7 Mei 2013

 

PEMAKLUMAN PROGRAM PENILAIAN KHAS ZON SARAWAK BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN PROGRAM PENILAIAN KHAS ZON SARAWAK BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Sesi penilaian khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012 akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mulai 19 Mac 2013. Program Penilaian Khas pertama akan dijalankan pada tarikh tersebut bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Maklumat mengenai tarikh dan lokasi Program Penilaian Khas bagi zon-zon lain akan dimaklumkan di portal Suruhanjaya dari semasa ke semasa. Senarai graduan yang perlu menghadiri program di Sarawak boleh disemak di sini :

                                                           1. Senarai Peserta PPK Zon Sarawak (IPGM)

 2. Senarai Peserta PPK Zon Sarawak (IPTA)

Muat naik pada 14 Mac 2013

 

STATUS URUSAN PELANTIKAN GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA – SPP


STATUS URUSAN PELANTIKAN GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Lagi…

Muat naik pada 20 Februari 2013

Siswazah pendidikan ke gred DG41 – Utusan


Siswazah pendidikan ke gred DG41

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

“Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LQ4Q8pzf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Seramai 2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41 – Bernama


Seramai 2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41

2013/02/19 – 17:29:09 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini, hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal.

“Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan.

Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012. Temu duga yang melibatkan seramai 5,033 orang calon akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan secara berperingkat mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di portal Suruhanjaya diwww.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Baki seramai 2,791 orang calon perlu menjalani sesi penilaian khas oleh Suruhanjaya. Maklumat mengenai program tersebut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi. Semak di siniMuat naik pada 15 Februari 2013

 

RALAT SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN OPSYEN PENDIDIKAN KHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


RALAT SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN OPSYEN PENDIDIKAN KHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Pindaan pusat temu duga bagi calon opsyen Pendidikan Khas Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditemu duga pada 27 Februari 2013. Temu duga melibatkan calon-calon berkenaan akan diadakan pada tarikh yang sama di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab Durian Daun, 75990 Melaka dan bukannya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Muat naik pada 19 Februari 2013

 

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013.
Muat naik pada 6 Februari 2013