Kerajaan tidak pernah pinggirkan SJKC, SJKT – Utusan


Kerajaan tidak pernah pinggirkan SJKC, SJKT

MELAKA 29 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menganaktirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah tidak berasas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk SJKC dan RM600 juta bagi SJKT untuk membiayai gaji guru-guru sekolah terbabit di seluruh negara.

Muhyiddin menjelaskan demikian dalam ucapan merasmikan projek pembinaan jejantas untuk SJKC Wen Chua dan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam di sini hari ini. – UTUSAN MALAYSIA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_13/Kerajaan-tidak-pernah-pinggirkan-SJKC-SJKT#ixzz2RrSUkiDP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiga disahkan dibuang sekolah – Utusan


Tiga disahkan dibuang sekolah

PULAU PINANG 10 April – Jabatan Pelajaran negeri mengesahkan kumpulan pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah.

“Kejadian itu berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac lalu iaitu lima hari selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video yang kini tersebar di laman YouTube dan laman sosial Facebook mengenai pergaduhan yang melibatkan pelajar sebuah sekolah di negeri ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pelajar terbabit bagaimanapun masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

“Cuma pelajar terbabit tidak boleh menyambung persekolahan di sekolah sama dan rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_02/Tiga-disahkan-dibuang-sekolah#ixzz2Q9NQJl5y
© Utusan Melayu (M) Bhd

400 murid SK Tanjung Labian, Lok Buani kembali ke sekolah – Utusan


400 murid SK Tanjung Labian, Lok Buani kembali ke sekolah

LAHAD DATU 7 April – Selepas lama ‘bercuti’ akibat kekecohan yang ditimbulkan kumpulan pengganas Kiram, kira-kira 400 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani yang terletak dalam zon Operasi Daulat akan kembali meneruskan persekolahan esok.

Kebanyakan murid yang ditemui mengakui, mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan biar pun masih dikelilingi ratusan anggota keselamatan polis dan tentera.

Bagi murid tahun enam SK Tanjung Labian, Andrian Musli, 12, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolahnya.

“Sejak berpindah ke pusat pemindahan sementara, saya tidak lagi berjumpa rakan-rakan sekolah. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka semula apabila sekolah dibuka esok.

“Lagi pun kami akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Saya mahu kembali belajar bersungguh-sungguh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Adiknya, Asri Musli yang merupakan murid tahun tiga sekolah sama, tidak dapat menyembunyi perasaan sedih kerana banyak peralatan sekolah telah rosak dan hilang akibat pencerobohan itu.

“Nasib baik baju sekolah dan buku-buku masih ada. Tidak sabar sebenarnya untuk kembali ke sekolah selepas lebih sebulan ‘cuti panjang’,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Lok Buani, Saabi Hasim, 45, berkata, beliau bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku di sekolah tersebut biar pun lebih sebulan ditinggalkan.

“Kami sedang dalam usaha memaklumkan kepada murid-murid dan ibu bapa mengenai pembukaan semula sekolah Isnin ini.

“Diharapkan kehadiran murid dapat mencapai 100 peratus walaupun kami sedar mungkin ada kesukaran kepada sesetengah mereka untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Saabi berkata, beliau juga berbangga dengan semangat ditunjukkan para guru di sekolah itu yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130408/dn_06/400-murid-SK-Tanjung-Labian-Lok-Buani-kembali-ke-sekolah#ixzz2Pr2KvZWl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tindakan tatatertib serta-merta – Utusan


Tindakan tatatertib serta-merta

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
utusansabah@utusan.com.my

Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara menderma untuk Tabung Wira Negara pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di Putrajaya, semalam.

LAHAD DATU 15 Mac – Mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah menghina pasukan keselamatan akan diambil tindakan tegas termasuk dikenakan tindakan tatatertib serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menegaskan pihaknya langsung tidak akan berkompromi terhadap tindakan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab itu.

“Nasihat saya kepada penjawat awam, jangan sebarkan maklumat palsu yang tidak sahih dan janganlah hendak cuba menjadi orang yang menyebarkan maklumat seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat tentang keadaan pencerobohan di Lahad Datu di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130316/dn_15/Tindakan-tatatertib-serta-merta#ixzz2Neyt56ih
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kanak-kanak jadi pengedar – Utusan


Kanak-kanak jadi pengedar

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

Jamaludin Kudin

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Jika sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Nigeria memilih wanita untuk dijadikan ‘keldai dadah’, keadaan berbeza berlaku di Kelantan apabila kumpulan sindiket dadah tempatan menggunakan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sebagai kurier mengedar bahan larangan itu.

Taktik mengedar dadah menggunakan kanak-kanak yang masih belajar di sekolah rendah semakin popular di negeri itu kerana sukar bagi pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka apabila ditangkap.

Timbalan Pengarah III (Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin berkata, masalah pengedaran dadah di negeri berjiran dengan Thailand itu serius bukan sahaja kerana jumlah penagih yang tinggi tetapi turut melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pengedaran.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130204/je_01/Kanak-kanak-jadi-pengedar#ixzz2JukjKfu6
© Utusan Melayu (M) Bhd

CUEPACS akan serah cadangan kenaikan gaji – Utusan


CUEPACS akan serah cadangan kenaikan gaji

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung pemberian kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum bagi memastikan ketelusannya.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, disebabkan kenaikan itu melibatkan semua peringkat, keadilan diperlukan khususnya dalam merungkai persoalan pihak mana yang layak mendapat kenaikan tinggi atau sebaliknya.

“Dijangkakan kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus tetapi jangan pula nanti pegawai atasan sahaja dapat lima peratus sedangkan pekerja bawahan hanya dua peratus. Kalau sudah berkhidmat 10 tahun, berilah lima peratus.

“Ahli Majlis Kongres CUEPACS akan membincangkan mekanisme bagi menentukan kriteria dalam menentukan jumlah kenaikan gaji pada 29 hingga 31 Januari ini dan cadangan hasil perbincangan itu bakal diserahkan kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130125/dn_16/CUEPACS-akan-serah-cadangan-kenaikan-gaji#ixzz2IwipShzz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Budak redah rumah terbakar selamatkan adik – Utusan


Budak redah rumah terbakar selamatkan adik

Mohd. Naim Che Khairul bersama ibunya, Siti Mariam Hamad selepas berjaya diselamatkan dalam kebakaran di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat, malam semalam.

BATU PAHAT 24 Jan. – Meskipun masih kecil, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sanggup mempertaruhkan nyawa meredah asap tebal semata-mata untuk menyelamatkan adiknya yang terperangkap dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Taman Bukit Pasir, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam di tingkat tiga rumah kedai berkenaan, Nazrul Affal Che Khairul sedang bermain basikal seorang diri di bawah rumah berhampiran warung yang diusahakan ibu bapanya.

Namun, sebaik sahaja melihat asap dan api, dia meluru naik ke rumah yang disewa keluarganya sejak 10 tahun lalu untuk menyelamatkan adiknya, Mohd. Naim Che Khairul, 8, yang sedang tidur.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130125/dn_14/Budak-redah-rumah-terbakar-selamatkan-adik#ixzz2IwihP6ju
© Utusan Melayu (M) Bhd

Buaya baham murid ditangkap – Utusan


Buaya baham murid ditangkap

Oleh FARHANA JONI
utusansarawak@utusan.com.my

ANGSA Ludang (tengah) bersama dua pawang buaya, Nyegang Nawing (duduk, kiri) dan Agong Reyang (duduk, kanan) selepas berjaya menangkap Bujang Suai di Sungai Suai, Miri, Sarawak, semalam. – UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

MIRI 23 Jan. – Seekor buaya sepanjang empat meter dengan berat hampir 300 kilogram yang dipercayai membaham seorang kanak-kanak lelaki di Sungai Suai di sini bulan lalu, berjaya ditangkap oleh bapa mangsa dan dua pawang di sini hari ini.

Buaya itu diumpan melalui kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan mata pancing yang dipasang dengan umpan daging babi di tebing sungai tersebut sejak dua hari lalu.

Reptilia ganas itu ditangkap pukul 8 pagi ini kira-kira dua kilometer dari lokasi murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iran Suai, Jerry Apat Angsa, 11, dibaham ketika sedang mandi di sungai tersebut pada 22 Disember lalu.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130124/dn_17/Buaya-baham-murid-ditangkap#ixzz2IqQE9pA8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ibu panik kereta lesap bersama anak di dalamnya – Utusan


Ibu panik kereta lesap bersama anak di dalamnya

Christinah Madan memeluk anaknya, Cheyanne Michcal yang masih trauma selepas dilarikan oleh perompak di Stesen Minyak Jalan Matang, Kuching, semalam.

KUCHING 22 Jan. – Hanya tiga hari selepas sebuah kenderaan dilarikan penjenayah bersama mangsa di bandar raya ini, satu lagi kejadian serupa berlaku dan kali ini membabitkan anak seorang guru dilarikan bersama kenderaannya ketika ditinggalkan di sebuah stesen minyak, pagi ini.

Kes itu juga merupakan kejadian ketiga seumpamanya dalam tempoh sebulan di bandar raya ini.

Dalam kejadian terbaru itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish tersebut ditinggalkan Christinah Madan, 42, di Stesen Minyak Jalan Matang di sini dengan anaknya, Cheyanne Michcal, 8, berada di dalam MPV berkenaan kira-kira pukul 6.15 pagi.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130123/je_01/Ibu-panik-kereta-lesap-bersama-anak-di-dalamnya#ixzz2IlqDo3Bm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kaji subjek Tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan – Utusan


Kaji subjek Tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan

BATU PAHAT 18 Jan. – Kementerian Pelajaran sedang dalam kajian mengiktiraf subjek Tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan pada masa akan datang bagi menarik minat pengendali sekolah agama rakyat (SAR) berdaftar dengan kementerian.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian bahagian kurikulum itu bertujuan mengangkat dan mengiktiraf Tahfiz sebagai subjek kebangsaan supaya pengendali SAR yang sebelum ini enggan berdaftar berubah fikiran.

“Kementerian kini berusaha membuat kajian mengenai modul subjek Tahfiz yang akan menjadi mata pelajaran kebangsaan untuk digunakan oleh SAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) pada masa akan datang.

“Dengan pengiktirafan itu, kementerian menjangkakan banyak SAR akan berdaftar dan menjadi SABK atau sekolah menengah kebangsaan yang akan mendapat pelbagai keistimewaan daripada kerajaan,” katanya.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130119/dn_23/Kaji-subjek-Tahfiz-sebagai-mata-pelajaran-kebangsaan#ixzz2IO59ZR1e
© Utusan Melayu (M) Bhd