SURAT KEPADA PENGARANG
Utusan Malaysia bertarikh 5 Disember 2012 – BAPA DAKWA ANAK SAKIT TAK DIBENAR DUDUKI PEPERIKSAAN
14 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Disember 2012 – Bapa dakwa anak sakit tak dibenar duduki peperiksaan.
Kementerian mengambil maklum mengenai isu ini serta sedang meneliti laporan yang diterima daripada petugas peperiksaan di sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan memastikan bahawa calon berkenaan akan diberi keadilan dalam hal ini.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |