Dapat ke sekolah pada usia 13 tahun – Sinar Harian


Dapat ke sekolah pada usia 13 tahun
NOR AZURA MD AMIN
7 Januari 2014
  • Dapat ke sekolah pada usia 13 tahunZahrul menerima sumbangan dari Suhami (dua, kanan). Turut serta, Rohaidda.
< 1 / 1 >

PONTIAN – Biarpun hanya berpeluang belajar di sekolah agama pada sesi sebelah petang, ia sudah cukup menggembirakan Zahrul Nizam Abdullah, 13, yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah sebelum ini.

Dia kini tinggal bersama datuknya, Salehin Jaafar, 64, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan ibu saudaranya, Rohaidda Salehin, 19, di Kampung Rimba Terjun.

Menurut Rohaidda, ibu kandung Zahrul melarikan diri ketika dia berusia tujuh bulan sementara bapanya sehingga kini tidak dapat dikesan.

“Saya gembira ramai pihak bantu Zahrul ke sekolah, malah pakaian, beg dan kasut sekolah turut diberikan.

“Zahrul cukup gembira ke sekolah walaupun buat permulaan ini hanya ke sekolah agama,” katanya yang kini sedang menuntut di Kolej Instedt Bandar Penawar Kota Tinggi.

Mereka ditemui sempena lawatan Adun Kukup, Suhaimi Salleh bersama Majlis Agama Islam Johor (Maij), Majlis Daerah Pontian ( MDP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah keluarga terbabit, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Suhaimi menggesa orang ramai peka dengan keadaan setempat bagi mengelak terdapat murid atau pelajar keciciran tidak bersekolah di sesuatu tempat.

Katanya, faktor kemiskinan dan masalah keluarga antara punca yang dikenal pasti menyebabkan murid dan pelajar tidak ke sekolah.

“Kita bersyukur dapat membantu pelajar keciciran, maklumat yang diperoleh oleh Ketua Kampung berhubung masalah pelajar ini telah disalurkan kepada agensi kerajaan terlibat bagi tindakan susulan.

“Malah, pelajar juga akan dibantu agar dapat ke sekolah menengah seperti  rakan sebaya dengannya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s