LGBT bukan isu remeh – Sinar Harian


LGBT bukan isu remeh

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
LGBT bukan isu remeh
Mohd Puad berbincang dengan guru dan ibu bapa yang hadir pada seminar berkenaan, semalam.

BATU PAHAT – Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menjadi masalah sosial dalam kalangan masyarakat masa kini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia dilihat boleh menjadi penyumbang kepada HIV/Aids.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bukan sahaja penagih dadah yang membawa HIV/Aids, tetapi golongan LGBT juga penyumbang utama hasil aktiviti seks bebas sesama jenis.

“Bagi memerangi masalah itu dan mendidik murid-murid supaya tidak terlibat dengan LGBT, Kementerian Pelajaran tidak akan menyekat penglibatan guru dalam seminar (Keibubapaan-Menangani Isu LGBT) untuk pendedahan dan akan disampaikan kepada pelajar mereka.

“Selain memberitahu pelajar, mereka juga turut didedahkan langkah pencegahan dan akibatnya jika mengamalkan gejala buruk itu,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) kali ke-22 peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

Seminar anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang memberi pendedahan berhubung keburukan gejala LGBT itu dihadiri 3,500 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta warga pendidik.

Lebih bermakna apabila seminar itu turut dihadiri dua bekas gay dan transgender yang telah insaf kesilapan pernah dilalui berkongsi pengalaman mengenai kesan dan keburukan gejala LGBT.

Mohd Puad berkata, seminar berkenaan yang sudah memasuki kali ke-22 itu mendapat sambutan luar biasa terutamanya di Selangor.

Menurutnya, seminar itu kini mula diadakan di peringkat daerah di Selangor seperti di Gombak, Kuala Selangor dan Ampang Jaya, namun hanya melibatkan golongan pendidik sahaja pada peringkat permulaan.

“Walaupun seminar itu tidak melibatkan murid-murid sekolah, namun penglibatan ibu bapa dan guru amat penting bagi menangani gejala LGBT yang dikesan mudah terdedah kepada remaja.

“Ibu bapa dan warga pendidik memainkan peranan penting untuk memantau dan mencegah jika mendapati anak mereka atau anak murid dikesan menunjukkan simptom terjebak ke arah gejala LGBT.

“Kita tidak mahu mendiskriminasikan mereka yang terlibat dalam LGBT, tetapi gejala yang boleh membawa kepada liberalisme agama ini perlu ditangani lebih awal dan cepat supaya ia tidak merosakkan norma kehidupan,” katanya.

Remaja hilang dipercayai dirogol – Sinar Harian


Remaja hilang dipercayai dirogol

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
Remaja hilang dipercayai dirogol
Keratan Sinar Harian semalam

KLANG – Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.

“Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.

“Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.

“Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah.

Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sebar Akta Kanak-kanak 2001 – Sinar Harian


Sebar Akta Kanak-kanak 2001

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Februari 2013
Sebar Akta Kanak-kanak 2001
Kakitangan klinik kesihatan memberi borang soal selidik HIV dan AIDS kepada pelajar tingkat empat sekolah tersebut.

TANJUNG IPOH – Statistik salah laku kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi 2012 mencecah 38 kes yang kebanyakannya melibatkan kecurian.

Pegawai JKM Bahagian Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman, berkata, Akta Kanak-kanak 2001, menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

“Peringkat usia kanak-kanak di bawah akta ini ialah 18 tahun ke bawah. Akta ini merujuk kepada perlindungan kanak-kanak, melalui aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap mereka.

“Contoh penderaan seksual menurut Akta Kanak-kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam sebarang aktiviti berunsur seks. Perkara seperti ini perlu dicegah sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas Program Remaja HIV dan Sayangi Diri Anda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Samad, dekat sini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, akta tersebut perlu disebarkan kepada generasi muda terutama di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

“Buat masa ini, pihak JKM telah pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang Tinggi, SK Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Muhammad dan SMK Tunku Besar Burhanuddin.

“Pihak JKM amat mengalu-alukan pihak klinik kesihatan untuk bekerjasama dengan kami bagi memberi pendedahan maklumat kepada remaja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Terachi, Ahmad Awaludin berkata, program tersebut mensasarkan remaja supaya mereka tidak terjebak kegiatan jenayah yang merosakkan masa depan sendiri.

“Kita khuatir, ramai anak Melayu yang tersasar akibat perbuatan sendiri.

“Tidak bersekolah, mencuri, melakukan perbuatan dilarang dalam Islam. Semua ini perlu dibendung dari peringkat awal supaya ia tidak berleluasa,” katanya.

Ahmad menyatakan, melalui program tersebut, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran, kefahaman, secara lebih terperinci berhubung HIV dan Aids.

“Melalui ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Terachi, Dr Farhana Mohd Yusuf, menerangkan kepada remaja cara hidup sihat bebas HIV dan Aids.

“Saya berharap, dengan adanya program ini dapat meningkatkan pengetahuan remaja selain memberi manfaat kepada pelajar tingkatan  empat,” katanya.

Ibu, tiga anak ditemui rentung – Berita Harian


Ibu, tiga anak ditemui rentung

2013/02/06 – 00:28:12 AM Oleh Jalal Ali Abdul RahimCetakEmel Kawan
Sungai Siput: Seorang ibu bersama tiga anaknya rentung dalam kebakaran rumah sewanya di Taman Bukit Medan di sini, semalam, lima hari selepas suami wanita itu meninggal dunia akibat kanser paru-baru.

Mayat S Jayalatchumy, 45, dan anak lelakinya, R Suhan, 17, serta dua anak perempuannya, Puvaneswary, 21, dan Thilagawati, 23, ditemui di ruang dapur rumah berkembar setingkat oleh anggota bomba.

Mayat ditemui berdekatan antara satu sama lain, termasuk dua mayat dalam keadaan berpelukan.

Kebakaran dipercayai berlaku jam 12.10 tengah malam yang diikuti letupan sehingga mengejutkan penduduk taman berkenaan.

Mayat empat beranak itu ditemui di atas lantai ruang dapur selepas pasukan bomba berjaya memadam kebakaran pada jam 12.57 tengah malam.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Suami Jayalatchumy, M Rajan, 48, meninggal dunia, Jumaat lalu. Keluarga itu menyewa rumah berkenaan sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu dirancang oleh mangsa kerana mereka dikatakan terlalu sedih selepas kematian Rajan.

Kita tidak menolak kemungkinan mangsa mengambil tindakan sendiri dan melulu kerana terlalu sedih dengan kematian suami dan bapa mereka beberapa hari lalu.

Apapun, itu satu kemungkinan saja dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut, katanya di sini, semalam.

Bedah siasat ke atas mayat empat beranak itu mengesahkan kematian akibat kebakaran teruk dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, sebelum ini Jayalatchumy membantu suaminya di ladang getah milik mereka. Suhan pula masih bersekolah manakala dua kakaknya tidak bekerja.

Azman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan kuat berpunca daripada tong gas tetapi polis dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Zon Pusat Perak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pegawai Kanan Bomba I Rushisha Haris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengah malam.

Tangan terlekat mesin ‘tikam’ – Metro


Tangan terlekat mesin ‘tikam’

 14  3 Google +2  2  0

Banting: Tindakan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun memasukkan tangan kanannya di sebuah alat permainan dikenali mesin ‘tikam’ mengundang padah apabila tangannya terlekat di mesin itu dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bukit Lancong, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak terbabit baru pulang dari sekolah sebelum singgah di kedai berkenaan untuk bermain permainan itu.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

 

Beliau berkata, hasil tindakan pantas pegawai bomba di lokasi kejadian, mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh 11 minit tanpa kecederaan serius.
“Kami menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian sejurus selepas mendapat aduan dan tiba di lokasi pada jam 3.16 petang.
“Difahamkan, permainan itu sudah rosak dan pecah menyebabkan tangan kanan mangsa terlekat.

 

“Kami bersyukur dengan kekuatan jentera, tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan tanpa kecederaan serius dalam tempoh 11 minit,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/06

PERLUASAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID YANG BUKAN WARGANEGARA TAHUN 2013


PERLUASAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID YANG BUKAN WARGANEGARA TAHUN 2013

06 February 2013

 

Perluasan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid yang bukan warganegara tahun 2013.

 

 

 

Muat Turun
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid bukan warganegara 2013

PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34


PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34

06 February 2013

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Maklumat lanjut sila klik di sini

TAWARAN MENGIKUTI INTERNATIONAL LEADERS IN EDUCATION PROGRAM (ILEP) 2014


TAWARAN MENGIKUTI INTERNATIONAL LEADERS IN EDUCATION PROGRAM (ILEP) 2014

06 February 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran mengikuti International Leaders In Education Program (ILEP) 2014  kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 6hb. Februari hingga 15 Mac 2013. Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat. Harap Maklum
Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
IKLAN TAWARAN MENGIKUTI INTERNATIONAL LEADERS IN EDUCATION PROGRAM
SYARAT-SYARAT PEMBERIAN CUTI BELAJAR
KENYATAAN PROGRAM
ILEP Application Form
ILEP Institutional Support and Reference Form
Borang KPM (BT) LD 1/2011
Borang KPM (BT) LD 2/2011
Borang KPM (BT) LD 3/2011
Borang KPM (BT) LD 4/2011
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar

BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DAN PELAKSANAAN BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA


BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DAN PELAKSANAAN BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

05 February 2013

Surat Siaran – Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 bagi Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia 2013

 

Muat Turun
Surat Siaran – Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia
Garis Panduan – Bantuan Baucar Buku 1Malaysia