36,000 pelajar YIK nikmati BB1M, bantuan awal sekolah – Utusan


36,000 pelajar YIK nikmati BB1M, bantuan awal sekolah

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU 10 Mac – Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima peruntukan Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah hampir RM4 juta untuk para pelajar di 68 buah sekolah di bawah kelolaannya.

Timbalan Pengarah YIK (Bahagian Sekolah), Mohamed Ya berkata, jumlah tersebut tidak termasuk kepada pelajar di 20 buah sekolah lagi yang sudah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang mana telah menerima bantuan lebih awal.

Beliau berkata, pihaknya amat bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan sekolah-sekolah YIK daripada agihan bantuan tersebut yang akan memberi manfaat kepada lebih 36,000 pelajar YIK secara keseluruhannya.

“Keprihatinan Kerajaan Persekutuan ini sekali gus menunjukkan pengiktirafan kerajaan kepada sekolah-sekolah agama di negeri ini yang mengamalkan sistem pembelajaran bersepadu antara kurikulum Kementerian Pelajaran dan sukatan YIK yang memfokus kepada Bahasa Arab dan agama.

“Soal duit datang daripada mana tidak penting tetapi yang jelas ia adalah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang mana kita mesti bersyukur dan pelajar mesti manfaatkan.

“Para pelajar tidak boleh membazir membeli bahan bacaan tidak berkaitan sebaliknya hendaklah membeli buku untuk kepentingan pendidikan mudah-mudahan rezeki akan bertambah lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan dan BB1M kepada 2,296 pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi (P) berjumlah RM213,000 di dewan sekolah itu di sini hari ini.

Turut hadir menyampaikan bantuan adalah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_32/36000-pelajar-YIK-nikmati-BB1M-bantuan-awal-sekolah#ixzz2N8oM5cwq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sekolah di Lahad Datu dan Semporna dibenarkan untuk terus ditutup – Berita Harian


Sekolah di Lahad Datu dan Semporna dibenarkan untuk terus ditutup

2013/03/10 – 17:23:39 PMCetakEmel Kawan
Batu Pahat: Sekolah yang terbabit dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dibenarkan untuk terus ditutup sekiranya warga sekolah dan ibu bapa masih bimbang dengan situasi di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata langkah itu bagi meredakan tekanan dan kebimbangan yang dihadapi pelajar, guru serta ibu bapa. “Semua 49 sekolah di Semporna dan lapan di Lahad Datu sepatutnya dibuka semula mulai esok (Isnin) tetapi pihak sekolah dibenarkan untuk menutupnya sehingga keadaan reda jika masih wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa dan guru.

“Pihak sekolah perlu berbincang dan memaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) jika merasakan sekolah masing-masing masih perlu ditutup tetapi ia perlu diganti,” katanya selepas merasmikan program khidmat komuniti MyBAKTI di Kolej Komuniti Batu Pahat, di sini, semalam.