Rotan, pukul anak hiperaktif – Metro


Rotan, pukul anak hiperaktif

Kuala Lumpur: Bukan saja dirotan dan dipukul, seorang kanak-kanak lelaki hiperaktif berusia 11 tahun turut tidak dibenar memasuki kediaman ibunya serta dibiarkan menangis di luar selama beberapa jam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu berakhir selepas polis yang menerima laporan jiran sebelum menahan ibunya di sebuah kondominium di Jalan Kiara, Sri Hartamas, di sini, Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui kesan calar dan lebam di belakang badan serta paha kanak-kanak itu menyebabkan polis mengesyaki mangsa didera ibunya.

 

 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, berikutan itu ibu mangsa berusia 37 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Travers untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dipantau pihak hospital.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/06

Mayat dua beranak mangsa banjir di Pahang ditemui – Bernama


Mayat dua beranak mangsa banjir di Pahang ditemui

2013/12/06 – 17:10:11 PMCetakEmel Kawan
KUANTAN: Mayat dua beranak yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Isap, Rabu lalu ditemui, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata mayat mangsa pertama, Megat Mohd Nazli Jamali, 17, ditemui orang awam jam 9.30 pagi tadi.

“Mayat Megat Mohd Nazli ditemui di tali air dekat belakang kawasan Taman Guru, manakala mayat bapanya, Jamali Jani, 45, ditemui kira-kira 2.40 petang tidak jauh dari lokasi mayat anaknya itu ditemui,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, polis sudah memaklumkan penemuan mayat kedua-dua beranak itu kepada anggota keluarganya dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Rabu lalu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.

Jamali yang juga anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan Megat Mohd Nazli dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. – BERNAMA

ANAK SAUDARA DAN CUCU SAUDARA Y.BHG. TAN SRI KPPM TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


ANAK SAUDARA DAN CUCU SAUDARA Y.BHG. TAN SRI KPPM TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

05 December 2013

AL-FATIHAH

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saudara dan cucu saudara YBhg. Tan Sri Abdul Ghafar Bin Mahmud (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) yang telah kembali ke rahmatullah di Pahang kerana lemas. Takziah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri KPPM serta keluarga Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Insya Allah.

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI


SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI

05 December 2013

 

Sukacita dimaklumkan maklumat adalah seperti lampiran di bawah :-

 

Muat Turun
Arahan dan Peraturan Semak Semula
Borang Permohonan Semak Semula Program Satu Tahun(PST)
Borang Permohonan Semak Semula Program Dua Tahun(PDT)