Sistem Pertukaran Guru Secara Online e-Gtukar (RAYUAN)


Sistem Pertukaran Guru Secara Online e-Gtukar (RAYUAN)

Rayuan Petukaran Guru Antara Negeri Sesi Januari 2014 
Permohonan rayuan secara bertulis untuk pertukaran guru antara negeri sesi Januari 2014 hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Disember 2013 ke KPM. Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Harap Maklum.

Rayuan Petukaran Guru Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Januari 2014 Permohonan rayuan pertukaran antara daerah dan dalam daerah hendaklah berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Sumber : http://apps.moe.gov.my/epgo/index.cfm

 

PENGISIAN SKOR PKS-SKPM – NKRA


PENGISIAN SKOR PKS-SKPM

PERINGATAN!!!

SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI

SKOR PKS-SKPM versi 2003 dalam Portal NKRA (http://www.nkra.moe.gov.my)  dan

SKOR PKS-SKPM versi 2010 dalam Portal JNJK (http://www.moe.gov.my/skpmBAGI TAHUN 2013

SEKOLAH RENDAH

Pengisian PKS-SKPM 2003 adalahMULAI 9 DISEMBER 2012HINGGA 27 DISEMBER 2013

 

SEKOLAH MENENGAH

1 FEBRUARI 2014 HINGGA 11 APRIL 2014

 

Tapak MS excel (Autokira) pengiraan SKPM 2003 boleh di download di http://www.moe.gov.my/jnjk (Muat Turun)

Remaja lelaki lemas di Sungai Ngoi-Ngoi – Bernama


Remaja lelaki lemas di Sungai Ngoi-Ngoi
9 Disember 2013

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas di Sungai Ngoi-Ngoi, Batu 9, Kampung Pantai dekat sini hari ini.

Jurucakap polis berkata mangsa, Ahmad Zainudin Mohd Rosli, ke sungai itu bersama-sama dua rakan untuk mandi dan memancing pada kira-kira 2 petang.

Beliau berkata ketika berada dalam sungai, mangsa tiba-tiba menghadapi kesukaran untuk berenang dan diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja ambulans dari Hospital Tuanku Jaafar tiba.

Mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Nasir Sanif, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian. – Bernama

Dr Khir dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran – Bernama


Dr Khir dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
10 Disember 2013

PUTRAJAYA – Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Disember lepas.

Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.

“Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.

“Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi,” katanya pada majlis tersebut.

Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 November 2010. Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.

“Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.

“Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan,” katanya.

Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir. – Bernama

Kanak-kanak cari nahas tepi parit – Sinar Harian


Kanak-kanak cari nahas tepi parit
ALAUDIN MA – 013-9128889
10 Disember 2013
  • Kanak-kanak cari nahas tepi paritDua kanak-kanak bermain ditepi parit terdedah bahaya.
< 1 / 1 >

GUA MUSANG – Dua kanak-kanak tidak menghiraukan keselamatan mereka apabila dilihat bermain di tepi parit di bandar Chiku di sini, semalam.

Keadaan itu dilihat berbahaya apabila  seorang daripada mereka bertiarap di atas pembentong untuk melihat sesuatu dalam air.

Jika tersilap langkah kemungkinan kanak-kanak terbabit akan jatuh dalam pembentong yang boleh mengundang padah.

3 sahabat berdepan tuduhan cabul – Sinar Harian


3 sahabat berdepan tuduhan cabul
019-9391256 / 019-9391186
10 Disember 2013
 
 
  • 3 sahabat berdepan tuduhan cabulKetiga-tiga sahabat ini dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu, dua tahun lalu.
< 1 / 1 >

KUALA TERENGGANU – Tiga sahabat yang juga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, kira-kira dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dibacakan.

Namun, hanya tertuduh pertama mengaku bersalah manakala dua lagi rakannya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mereka didakwa bersama-sama mencabul mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun kira-kira jam 11.30 pagi, 30 Jun 2011.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan mereka direkodkan, Rozianti menetapkan 31 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan ketiga-tiga mereka diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna.

Balasan rogol rakan adik – Sinar Harian


Balasan rogol rakan adik
ROSALWANI CHE SOH – 019 939 1032
10 Disember 2013
  • Balasan rogol rakan adikTertuduh keluar dari mahkamah sambil tunduk dan menangis selepas mendengar hukuman terhadapnya.
< 1 / 1 >

KOTA BHARU – Angkara gagal kawal nafsu dan bertindak merogol sahabat adik sendiri, seorang buruh dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Khairul Anuar Sulaiman, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan di hutan dusun Kampung Kubang Laka, Melor, pada jam 4.30 petang, 7 Oktober 2010.

Pada jam 2 petang sebelum itu, mangsa ke rumah seorang kawan untuk menyiapkan kerja sekolah dan ketika itu, abang rakannya itu, iaitu tertuduh ada di rumah.

Apabila mahu pulang pada jam 4.30 petang, tertuduh tiada tetapi mangsa terserempak pula dengan lelaki terbabit di kawasan hutan bersemak.

Lelaki itu tiba-tiba menahan dan menariknya masuk ke hutan serta mengugut dengan berkata ‘nak hidup atau mati’ sebelum mangsa menjawab ‘nak mati’, menyebabkan lehernya dicekik tertuduh.

Mangsa diheret jauh ke dalam hutan sebelum tiba di sebuah dusun dan dirogol. Dia sempat mengadu belakangnya gatal sebelum diheret pula ke sebuah pokok dan dirogol lagi.

Pada prosiding itu, peguam bela, Ahmad Subairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan kerana tertuduh telah menukar pengakuannya walaupun kes dalam perbicaraan.

“Tertuduh datang daripada keluarga miskin dan memikul tanggungjawab ketua keluarga untuk  menyara ibu serta dua adiknya yang masih bersekolah selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2008.

“Umurnya yang muda juga memberi peluang kepadanya membaiki kesilapan lalu dan meneruskan hidup yang lebih baik pada masa depan,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari dan menyifatkan hujahan itu hanya mengutamakan diri tertuduh dan tidak langsung mengambil kira kepentingan awam terutamanya mangsa.

“Sebagai abang kepada kawan adiknya, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa tetapi malangnya dia dirogol. Kejadian ini membabitkan maruah gadis sunti, lebih-lebih lagi usianya masih muda.

“Tertuduh mungkin boleh memperbaiki masa depannya, namun bagaimana pula mangsa dengan perjalanan hidup yang masih panjang dan perlu diharungi dalam keadaan begitu,” katanya.

Gaji lebih tinggi untuk sarjana, PhD – Metro


Gaji lebih tinggi untuk sarjana, PhD

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD) dan sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

“Ini adalah khusus bagi skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,” katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

“Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

“Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki,” katanya.

Najib berkata, wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.- BERNAMA

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

Kecewa kes anak dipukul – Metro


Kecewa kes anak dipukul

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: “Saya kecewa kerana pihak sekolah tidak melayan permintaan untuk berjumpa dengan pelajar yang memukul anak saya sebulan lalu, tetapi bila jadi kes polis, barulah mereka hendak aturkan pertemuan,” kata guru sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 45.

Menurutnya, akibat kejadian itu, anak sulungnya yang berusia 14 tahun kini trauma apabila sering bermimpi dipukul empat pelajar tingkatan lima sekolahnya itu sejak insiden dia dibelasah sehingga patah gigi dan terpaksa menerima tiga jahitan di gusi.

Mengimbas kembali kejadian 12 November lalu, Fatimah yang juga guru di sebuah sekolah di Selangor berkata, dia menerima panggilan dari pihak sekolah jam 12.50 tengah malam mengatakan anaknya yang belajar di sebuah sekolah menengah cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di asrama sekolah berkenaan.

“Apabila dibawa ke hospital untuk rawatan, doktor mengarahkan anak membuat laporan di pondok polis hospital kerana membabitkan kes pergaduhan.

“Keesokan harinya dan selang beberapa hari kemudian, saya ada menghubungi pihak sekolah meminta mereka mengaturkan pertemuan dengan empat pelajar yang memukul anak saya bersama keluarganya, tetapi tidak dihiraukan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Dakwanya lagi, pelbagai alasan diberi dan kali terakhir pihak sekolah menghubungi suaminya pada Sabtu lalu untuk mengaturkan pertemuan hari ini selepas keempat-empat pelajar terbabit ditahan polis selepas dia dan suami membawa dua saksi untuk diambil keterangan kejadian anaknya dipukul.

“Sebagai pendidik, saya memahami beban dihadapi guru, malah kesal dengan apa yang berlaku.

Jika kes ini diselesaikan secara baik bulan lalu, ia mungkin tidak sampai ke tahap ini.

“Namun selepas permintaan itu tidak diendahkan, saya terpaksa mengambil tindakan ini kerana khuatir kejadian buli akan berulang kepada pelajar junior yang lain dan bagaimana pula jika ia mengakibatkan kematian?” katanya.

Sementara itu, anaknya yang hanya mahu dikenali sebagai Faizul mendakwa, dia ditumbuk dan disepak di kepala serta muka oleh empat pelajar senior sekolah berkenaan selepas berlaku perselisihan faham.

“Malam kejadian saya ada menerangkan kepada salah seorang pelajar senior supaya menghentikan buli berkumpulan atau lawan seorang dengan seorang jika mahu menguji kekuatan, tetapi tidak sangka niat saya disalah tafsir menyebabkan saya dipukul,” katanya.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen mengenai kejadian itu berikutan kes berkenaan dibawa ke pengetahuan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihak sekolah juga memandang serius insiden itu dan berharap ia dijadikan pengajaran supaya tidak berulang pada masa depan.

“Saya juga difahamkan pelajar terbabit direman dan biarlah polis menyiasat kes ini.

FotoFATIMAH dan Faizul ketika dtemui wartawan Harian Metro, semalam

“Sekarang, kita selesaikan masalah ini dengan ibu bapa pelajar yang dipukul,” katanya.

Difahamkan, keempat-empat pelajar terbabit direman selama empat hari bermula Sabtu lalu di rumah masing-masing selepas ibu bapa Faizul membawa dua saksi kejadian itu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) SESI 2013/2014


KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) SESI 2013/2014

E-mailCetakPDF

09 DISEMBER 2013

Semakan keputusan permohonan bagi HLPSB Sesi 2013/2014 boleh dibuat mulai 9 Disember 2013 sehingga 31 Disember 2013 melalui Portal Esila, http://esilav2.jpa.gov.my