Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 -2


Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 -2

Kategori Surat Siaran
Bil 2014
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 -2
Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 (SH/SBP &LL)
Tarikh 30 December 2013

Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014


Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014

Kategori Surat Siaran
Bil 10
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid di Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Swasta (Persendirian)
Tarikh 30 December 2013

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014


Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

02 January 2014

Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014
Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2014 kini telah dibuka. Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.

Cuepacs mahu penjawat awam diberi kuota khas haji – Bernama


Cuepacs mahu penjawat awam diberi kuota khas haji
30 Disember 2013
  • Presiden Cuepacs Azih MudaAzih Muda
< 1 / 1 >

KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan.

Presidennya, Azih Muda berkata, kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.

“Cuepacs mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji,” katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Sabah Jamian Dom.

Azih berkata cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh Cuepacs bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata, selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak.

“Cuepacs juga mencadangkan formula ganjaran persaraan penjawat awam disemak semula kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan sebelum ini iaitu 7.5 peratus,” katanya.

Selain itu, Cuepacs mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) penjawat awam yang tidak dapat menghabiskan cuti atas sebab perkhidmatan ditambah daripada 150 hari kepada 180 hari, dan jika masih ada cuti tahun terakhir semasa persaraan, ia perlu dibayar dengan wang tunai dalam sekali bayaran sahaja.

Beliau berkata, Cuepacs juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selain semakan semula 231 jenis elaun yang belum dikaji sejak 10 tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan berhubung isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan berkaitan arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lepas dan tahun ini.

Azih berkata, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenar membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun untuk tiga pasang pakaian.

“Bagaimanapun, pada September lalu, jabatan berkenaan mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri, dan jika gagal, mereka dikenakan tindakan tatatertib,” katanya. – Bernama

Pelajar 12 tahun maut kemalangan – Sinar Harian


Pelajar 12 tahun maut kemalangan
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2013
  • Pelajar maut kemalanganKiriskumar yang merupakan penumpang tempat duduk hadapan maut di tempat kejadian.
< 1 / 1 >

RAUB – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tidak sempat memasuki alam persekolahan baru apabila dia maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan pacuan empat roda Hilux, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam di KM347 Jalan Raub menuju Kuala Lipis.

Katanya, mangsa, Kiriskimar Kalidas yang merupakan penumpang Proton Wira maut di tempat kejadian, manakala pemandu yang merupakan bapanya, Kalidas Krishnaswamy, 41, parah.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Wira dipandu Kalidas bersama Kiriskumar hendak memasuki simpang Taman Kurnia lalu dilanggar Hilux terbabit,” katanya.

Pemandu Hilux, seorang lelaki yang berusia 48 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-kedua pemandu adalah negatif.

Kalidas berasal dari Bukit Koman manakala pemandu Hilux terbabit berasal dari Balakong, Selangor.

Remaja dicekup beri alasan bapa lumpuh – Sinar Harian


Remaja dicekup beri alasan bapa lumpuh
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
30 Disember 2013
  • Remaja beri alasan bapa lumpuhPenguatkuasa agama menyoal pasangan kekasih di sebuah tamanrekreasi dekat bandar ini.
< 1 / 2 >

SUNGAI PETANI – Seorang gadis berusia 16 tahun sanggup menggunakan alasan bapanya sakit lumpuh ketika diminta menghubungi waris akibat dicekup bersama teman lelaki di sebuah taman rekreasi, di sini, kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.

Seorang lagi gadis berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan berbalut selimut kerana didapati tanpa seurat benang ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah tumpangan di sekitar bandar ini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Itu antara situasi yang berlaku ketika operasi cegah maksiat dilakukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda yang bermula tengah malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Rondaan di kawasan panas

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi berkata, operasi dijalankan 16 anggota penguatkuasa itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Pejabat Agama Daerah Kulim.

Menurutnya, rondaan dilakukan di kawasan ‘panas’ selain tempat rekreasi dan rumah tumpangan sekitar Sungai Petani.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, tinjauan ke lokasi panas dekat sebuah taman rekreasi menemui beberapa pasangan kekasih yang berkelakuan tidak sopan termasuk duduk berdua-duaan dalam keadaan gelap.

Menurutnya, alasan yang digunakan seorang gadis berusia 16 tahun dengan mengatakan bapanya terlantar akibat lumpuh semata-mata bertujuan mahu meraih simpati penguatkuasa selain mahu ‘melepaskan diri’ dari dikenakan tindakan.

“Perempuan itu yang dicekup bersama kekasihnya berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan di sebuah kerusi dalam taman rekreasi terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, alasan itu hanyalah rekaan semata-mata kerana bapa yang dimaklumkan lumpuh pada mulanya telah tampil bagi memberi keterangan setelah dihubungi pejabat agama.

Menurut Zaiferi, selain pasangan terbabit, dua lagi pasangan turut dikenakan tindakan sama apabila mereka diberi amaran dan saman ketika ditemui dalam keadaan mencurigakan dekat Jeti Semeling.

“Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan,” katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 10 pasangan kekasih yang ditemui turut diberi amaran oleh penguatkuasa agama.

Memadu kasih di rumah tumpangan

Sementara itu, katanya, operasi diteruskan ke rumah tumpangan sekitar pusat bandar yang turut menjadi tumpuan pasangan kekasih melampiaskan nafsu.

Katanya, serbuan ke atas sebuah bilik pada jam 2.45 pagi semalam mendapati pasangan kekasih masing-masing berusia 23 tahun sedang bermadu kasih dalam bilik berkenaan.

“Difahamkan, kedua-duanya baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis keramaian yang diadakan pada malam tadi (semalam) sebelum salah seorangnya berasa sakit kepala dan letih.

“Keadaan itu dijadikan alasan mereka yang menetap di Pulau Pinang kerana tidak dapat pulang dan bermalam di rumah tumpangan terbabit,” katanya.

Menurut Zaiferi, serbuan ke atas bilik berikutnya mendapati seorang gadis berusia 18 tahun menutupi keseluruhan badannya dengan kain selimut kerana dipercayai berada dalam keadaan bogel.

“Pasangan kepada kekasih berusia 23 tahun ini dikatakan bekerja sebagai nelayan dan menetap di sempadan  Pulau Pinang juga memberi alasan baru pulang dari majlis keramaian sama,” katanya.

Hasil siasatan selanjutnya mendapati sebuah bilik yang dihuni pasangan kekasih remaja turut diserbu.

“Kami menunggu hampir 10 minit sebelum pintu dibuka setelah amaran keras diberikan beberapa kali,” katanya.

Menurutnya, apabila disiasat, seorang wanita berusia 22 tahun berasal dari Tikam Batu berada di dalamnya, turut ditemui, kekasihnya berusia 29 tahun dikatakan berasal dari Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan lanjut dalam bilik pasangan berkenaan turut menemui berus serta ubat gigi yang baru dibeli dalam beg plastik dipercayai digunakan pasangan terbabit.

Menurutnya, laporan polis berhubung ketiga-tiga pasangan dibuat di Balai Polis Sungai Petani sebelum kesemuanya dibawa ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Pantau anak, bawa sijil nikah

Sementara itu, Radzi menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau pergerakan anak-anak terutama remaja agar tidak terjebak dalam perbuatan maksiat.

Beliau berkata, bagi pasangan yang sudah bernikah, mereka diminta agar sentiasa membawa sijil pernikahan bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

“Ketika serbuan dilakukan, turut menjumpai pasangan berkahwin yang menghuni rumah tumpangan, bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi apabila kedua-duanya tidak membawa sijil nikah,” katanya.

Menurutnya, keadaan  lebih rumit apabila penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan sebelum membuat carian atau pemeriksaan pendaftaran perkahwinan di pejabat agama terlibat.

Guru jelajah benua Afrika dengan kapcai – Sinar Harian


Guru jelajah benua Afrika dengan kapcai
30 Disember 2013
  • Guru jelajah benua Afrika dengan kapcaiMohammad Lasim Deraman, 47, (dua, kiri) bergambar kenangan dengan masyarakat Afrika selepas tiba di Palapye, Bostwana. – Foto Bernama
< 1 / 1 >

GEORGETOWN – Seorang guru membuktikan dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) seorang diri.

Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.

“Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata sebelum ini beliau pernah bermotosikal menjelajah seluruh pulau Borneo serta kepulauan Indonesia.

Menceritakan pengalamannya sepanjang jelajah di benua kedua terbesar dunia itu, Mohammad Lasim berkata antara yang membanggakannya ialah nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dikenali oleh masyarakat di sana.

Mereka cukup gembira apabila diminta bergambar bersama bendera Malaysia, kata anak jati Kota Baharu, Kelantan itu.

Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.

“Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya,” katanya.

Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air.

Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.

Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Disember lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.

Ditanya mengenai tip bagi yang berminat mengembara dengan kapcai, Mohammad Lasim berkata seseorang perlu tahu penyelenggaraan asas motosikal seperti menampal tayar sebelum berbuat demikian.

Mengembara dengan kapcai ini suatu yang menarik kerana selain kos yang rendah juga memberi peluang kita berinteraksi dengan masyarakat setempat, katanya yang seronok dapat melihat kehidupan pelbagai etnik di Afrika termasuk etnik Zulu yang masih mengekalkan tradisi mereka termasuk tinggal di dalam pondok jerami. – Bernama

Penjawat awam jadi mangsa banjir boleh tuntut insurans – Metro


Penjawat awam jadi mangsa banjir boleh tuntut insurans

Kuala Lumpur: Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini boleh membuat tuntutan insurans sekiranya memiliki akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mereka disarankan supaya menghubungi Kementerian Kewangan di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans,” kata beliau melalui tweet terkininya semalam.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas pekeliling berkaitan tuntutan insurans bencana alam pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan 19 Disember lalu.
Menurut pekeliling berkenaan, semua penjawat awam terbabit dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.

 

Selain sekiranya berlaku tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah dan perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami turut dibenarkan mengemukakan tuntutan.
Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. BPP berharap mangsa segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 212.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Sempat telefon sepupu ajak mandi – Metro


Sempat telefon sepupu ajak mandi

Oleh Hafizudin Mohd Safar

Padang Besar: Keseronokan sebuah keluarga mengunjungi kawasan rekreasi Sungai Bukit Jerneh, Chuping, di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi-manda, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Zalika Izati Johari, 15, ditemui di dasar sungai kira-kira tiga meter sebelum menemui mayat Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid, 7, di kawasan sama.
Difahamkan, Muhammad Afiq bersama kakaknya, Nur Ayuni Athirah, 12, dan Zalika, ke lokasi itu bersama ibu Zalika iaitu Zuraidah Osman, 40-an, dan seorang ibu saudara mereka dengan menunggang motosikal dari Kampung Guar Medang Gatal, Chuping, jam 2 petang.

 

Nur Ayuni dari Simpang Empat, Alor Setar, berkata, sebelum kejadian, Zalika sempat menelefon sepupunya, Norashikin Azizan, 14, untuk mengajaknya mandi bersama-sama di kawasan itu.
“Ika (Zalika) kemudian turun mandi di tepi sungai yang cetek, tetapi tidak puas dan ingin mencuba kawasan yang lebih dalam.
“Secara tidak sedar, Ika bergerak sedikit demi sedikit ke kawasan lebih dalam dan turut diekori adik saya tanpa disedari kerana saya masih berada di atas tebing sungai untuk mengambil barang di motosikal.

 

“Apabila menoleh ke arah sungai, saya ternampak tangan salah seorang daripada mereka dalam keadaan terkapai-kapai lalu terus berlari ke arah sungai dan mendapati mereka hilang daripada pandangan dipercayai tenggelam dalam sungai itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, dia kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum beberapa lelaki yang berada di kawasan itu datang membantu.

 

“Apabila kedua-duanya dibawa naik ke atas tebing oleh orang ramai, saya mendapati mereka sudah tidak lagi bernyawa,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian diberitahu oleh Norashikin yang tiba di tempat kejadian bahawa arwah Zalika yang berasal dari Kampung Pida Tiga, Kodiang, Kedah sememangnya sudah lama teringin untuk mandi di kawasan itu sejak seminggu lalu.
Bapa kepada Muhammad Afiq, Abdul Hamid Yahaya, 34, berkata, sebelum ini dia pernah membawa arwah untuk mandi di kawasan itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian pada hari kejadian kerana mempunyai urusan lain.
“Saya pernah membawanya (Muhammad Afiq) untuk mandi di Sungai Bukit Jerneh dan beberapa lagi tempat perkelahan, tetapi dia sebenarnya takut dengan air sungai walaupun kawasan yang cetek.
“Sehari sebelum kejadian iaitu sebelum bertolak balik ke Chuping, arwah kelihatan suram dan tidak mahu pulang bersama saya dengan memberi alasan mahu tinggal di Alor Setar dengan abangnya.
“Selepas dipujuk bahawa semua ahli keluarga akan pulang ke sini (Chuping), baru arwah bersetuju untuk ikut bersama tetapi tidak ceria,” katanya.
Menurutnya, dia bercakap dengan arwah buat kali terakhir pada pagi hari kejadian ketika ibu saudaranya bergurau dengan menghalangnya pergi mandi di Sungai Bukit Jerneh, tetapi dibantah olehnya yang beria-ia mahu pergi juga.
“Sepatutnya isteri saya, Normi Ramly, 33, menemani arwah untuk berkelah dan mandi di situ tetapi tidak dapat pergi disebabkan anak lelaki saya yang baru berusia tiga bulan asyik menangis sejak malam berkemungkinan tidak sihat.
“Saya hanya mengetahui kejadian selepas mendapat panggilan telefon daripada Nur Ayuni lalu terus meninggalkan urusan dan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian. dan berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit – Bernama


Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit

2013/12/30 – 18:40:50 PMCetakEmel Kawan
KUCHING: Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan.

Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna berkenaan.

Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superitendan Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku ketika hujan.

Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan.

– BERNAMA