Khatan seperti zaman silam – Sinar Harian


Khatan seperti zaman silam
NORHASRAM MOHAMAD
3 Disember 2013
  • Khatan seperti zaman silamPemuda berpakaian lengkap seperti pengawal istana bersedia mengiringi tiga beradik menaiki tandu ke lokasi berkhatan.
< 1 / 2 >

PASIR PUTEH – Impian seorang bapa mengkhatankan anak-anaknya dalam sambutan seperti diamalkan pada zaman silam yang ditanam sejak beberapa tahun lalu akhirnya tercapai dan berjaya menarik lebih 250 penduduk.

Atur cara bermula dengan tiupan alat bunyi-bunyian diperbuat daripada tanduk kerbau dinamakan sebagi ‘tuang’ sebagai memberitahu penduduk sekitar mengenai majlis yang diadakan.

Tiga beradik, Mohd Shahrizzat Saidi, 7; Shahidal Amal, 11 dan Mohd Shah Hadnan, 12 yang bersedia dikhatankan diarak menaiki tandu diperbuat daripada buluh dan diusung empat pengawal dengan diiringi puluhan dayang membawa bunga manggar serta pendekar membawa tombak.

Paluan gendang silat bergema sepanjang kira-kira satu kilometer perjalanan dari Kampung Batu Hitam ke rumah kanak-kanak terbabit di Kampung Darang Buaya yang mengambil masa selama 30 minit.

Sejurus tiba di halaman rumah, tiga beradik berehat seperti raja sambil menikmati pertunjukan seni mempertahankan diri seperti silat tari, silat tongkat dan tomoi yang dijayakan dua guru silat tersohor, Mahasan Ismail, 55, dan Zakaria Ali, 59, bersama anak buah masing-masing.

Hidupkan kembali trasidi lama

Saat menyaksikan upacara khatan itu, beberapa warga emas menitiskan air mata terharu kerana impian mereka melihat kembali tradisi yang pernah diamalkan penduduk sekitar 90 tahun lalu sehingga ke era Panglima Tok Janggut akhirnya tercapai.

Bapa kanak-kanak terbabit, Saidi Dullah, 47, berkata, majlis itu mengingatkan golongan tua kepada majlis berkhatan seperti yang diamalkan pada zaman Tok Janggut apatah lagi Kampung Darang Buaya merupakan kampung asal panglima tersebut.

“Tandu yang diperbuat daripada buluh dihias cantik tetapi tidak keterlaluan kerana ia mengikut cara zaman silam selain rumah saya dihiasi pintu gerbang daripada batang pokok nibong dan daun kelapa.

“Saya cuba memberi gambaran sebenar kepada generasi sekarang mengenai keunikan sambutan yang pernah diamalkan nenek moyang mereka selain mahu anak-anak saya mengingati detik manis ketika memasuki gerbang dewasa,” katanya.

Katanya, hampir seluruh anggota keluarganya mengenakan pakaian tradisi yang menampakkan ciri Melayu asli manakala seekor kambing disembelih untuk jamuan tengah hari dan penduduk bekerjasama memasak bubur asyura di halaman rumahnya.

Anggap majlis bersejarah

Guru siilat, Mahasan ketika ditemui mengakui turut teruja kerana dapat menjadi salah seorang daripada penduduk yang menjayakan majlis bersejarah itu.

“Saya sendiri sudah lama mahu melihat serta merasai suasana ini kerana ia mengingatkan saya kepada Tok Janggut yang bersemangat kental, berani serta melambangkan keperkasaan orang Melayu,” katanya.

Mahasan berkata, ketika Saidi berbincang dengannya mengenai hasrat mengadakan majlis tersebut, dia terus bersetuju dan memberikan idea tambahan bagi menampakkan suasana sebenar seperti di zaman silam.

Sistem pendidikan pincang, KPM digesa berbincang – Sinar Harian


Sistem pendidikan pincang, KPM digesa berbincang
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
3 Disember 2013
  • SPPBSSPPBS
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menegaskan bukan mahu menentang kerajaan ataupun dasar pendidikan sedia ada sebaliknya mahu mencari jalan penyelesaian terhadap kepincangan sistem pendidikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) didedahkan mempunyai pelbagai kelemahan.

Sehubungan itu, SGMM menyuarakan agar perbincangan meja bulat dibuat secara terperinci antara kementerian dengan guru-guru

Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah negara guru-guru dipanggil untuk menyertai perbincangan berkaitan dasar pendidikan.

“Rasanya semua tahu bahawa tidak ada lagi dalam sejarah guru-guru dipanggil untuk membuat satu perbincangan berkaitan dasar pendidikan daripada dulu. Tapi kini, guru-guru mungkin sepatutnya ada yang boleh diketengahkan yang boleh dibawa kepada kementerian untuk berbincang tentang penambahbaikan atau cadangan.

“Sebelum ini tak ada, jadi, melalui surat rasmi yang saya hantar kepada KPM itu kita minta supaya kementerian menerima kita untuk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana kita nak selesaikan masalah SPPBS dan PBS itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Akui pihaknya sudah bersedia untuk berbincang dan menyuarakan pandangan kepada kementerian, SGMM masih menanti maklum balas KPM.

“Saya dah hantar surat itu melalui e-mel kepada kementerian. Saya mendapat tahu surat itu sudah diterima pihak KPM, cuma tidak ada maklum balas daripada mereka sehingga hari ini.

“Kami sudah bersedia untuk berjumpa dengan pihak KPM sendiri untuk bincang mengenai isu ini. Isu ini sudah dijawab dalam Parlimen tetapi jawapan yang diberi Timbalan Menteri I dan Timbalan Menteri II tidak menjawab kepada persoalan yang diajukan. Mereka hanya menjelaskan teori pelaksanaan PBS itu sendiri,” katanya.

Menyebut tentang langkah-langkah bagi menangani kelemahan sistem pendidikan tersebut, beliau menjelaskan ada beberapa pilihan.

“Kita ada pelan B pula iaitu jika mahu mansuhkan PBS, apa yang akan digantikan dengan sistem baru? Iaitu tetap dengan sistem peperiksaan tetapi kita ambil seperti di universiti. 70 peratus teori dan 30 peratus praktikal. Itu lebih berkesan tapi perlu dikaji dengan lebih teliti.

“Tapi, jika mahu diteruskan dengan sistem PBS itu, kita ada langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah itu. Saya yakin KPM tahu apa langkah-langkahnya. Antaranya, nisbah guru dengan murid dalam kelas. Berdasarkan laman web KPM, nisbah guru dengan murid adalah 1:13 atau 14. Maklumat terkini yang saya dapat daripada rakan-rakan guru, 1 :  40 hingga 55 orang murid setiap kelas.

Jadi, ini memang tidak relevan dengan sistem PBS yang diambil. Sistem ini diambil dari Australia, tapi di sana 1 : 12 atau 15 orang sahaja,” katanya.

Beliau turut berharap agar ibu bapa turut bersuara dan mengambil berat terhadap masalah pendidikan demi masa depan anak-anak.

SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM TAHUN 2013


SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM TAHUN 2013

03 December 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semakan keputusan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam
(Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)
bagi Tahun 2013 boleh di capai melalui URL http://apps.moe.gov.my/eyuran/semakan/
Sekian terima kasih

Dua maut rempuh bas rombongan – Kosmo


Dua maut rempuh bas rombongan

 

ORANG ramai melihat kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan bas yang mengorbankan nyawa dua remaja di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu semalam.

 

KUALA TERENGGANU – Dua remaja menemui ajal selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kampung Sungai Ikan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, Muhamad Azri Naterah, 16, dan pembonceng, Muhamad Farihin Taib, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa itu dalam perjalanan dari Felda Belara menghala ke Kampung Gemuruh dekat sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.