PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik – Sinar Harian


PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013
  • Norizzat Mohd JohariNorizzat Mohd Johari
< 1 / 1 >
PUTRAJAYA – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR.
“… ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
“… dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
“Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini,” katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.

Isu PBS: Persefahaman Tercapai – Sinar Harian


Isu PBS: Persefahaman Tercapai
WARTAWAN: JAMILAH HAMZAH, JURUKAMERA: MD.NIDZAM OSMAN
24 Disember 2013

Suara Guru Masyarakat M’sia (SGMM) menyatakan format peperiksaan baru pentaksiran berasaskan Sekolah Menengah Rendah ( PBSMR )telah menemui kata sepakat melalui rundingan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Isu PBS: Beri kementerian tempoh setahun – Sinar Harian


Isu PBS: Beri kementerian tempoh setahun
JAMILAH HAMZAH
24 Disember 2013

PUTRAJAYA – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini meminta guru memberi tempoh setahun lagi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Presiden SGMM, Norizzat Mohd Johari berkata demikian selepas selesai persidangan meja bulat yang berlangsung antara NGO itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.

Beliau berkata, KPM telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkaitan proses pelaksanaan dasar tersebut yang memberi bebanan kepada tenaga pengajar.

“Kita adakan perbincangan tadi dengan KPM, kita telah temu titik persefahaman mengenai perkara tersebut.

“Ini bukan dasar yang tak bagus, tapi masalah kecairan maklumat yang berlaku, ia tak sampai atau salah faham dari segi penyampaian maklumat.

“Kita tahu PBS memang bebankan guru setelah tiga tahun masih mempunyai kelemahan, namun kita perlu bagi tempoh satu tahun lagi kepada kerajaan untuk menambahbaik dasar yang sedia ada,” katanya pada sidang media di pekarangan lobi KPM.

Mengulas lanjut, Norizzat berharap, persefahaman yang dicapai dapat menyelesaikan isu yang membelenggu guru-guru di Malaysia.

“Tujuan utama perbincangan ini kita nak cari penyelesaian. Cuba cari titik persefahaman untuk kurangkan beban tugas guru sekali gus membantu pelajar yang nak menghadapi  Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR), tahun depan.

“Kita harap akan ada perbincangan lebih lanjut untuk selesaikan isu berbangkit melibatkan sistem pendidikan kita,” katanya Norizzat.

Tambahnya, melalui perbincangan meja bulat itu juga membuka ruang kepada guru-gur untuk menzahirkan pandangan mahupun idea mereka bersabit dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh kementerian.

“Kita telah menemui titik pertemuan, kita bertemu dengan kementerian hari ini, Alhamdulillah kita telah dapat membuka tembok halangan kepada guru untuk memberi pandangan atau mengkritik dasar KPM yang membebankan.

“Masalah dengan berkaitan pelaksanaan itu sendiri, sebenarnya perkara itu mudah, bukan saya berpihak kepada KPM atau goyang dengan pendirian kami, tapi benda ini mudah dan sedikit masalah komunikasi, dan diakui oleh kementerian.

“Pegawai-pegawai mereka sendiri akan berhubung dengan kita dan kita akan menjadi ‘platform’ untuk memberi cadangan atau pandangan secara berhemah,” katanya.

KEPUTUSAN TEMU DUGA PELANTIKAN GRADUAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) J-QAF BAGI JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41. – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA PELANTIKAN GRADUAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) J-QAF BAGI JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41.

Keputusan temu duga pelantikan graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)  j-QAF bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi temu duga pada 14 Ogos 2013 hingga 30 Ogos 2013 boleh semak di sini. Surat tawaran pelantikan akan dikemukakan terus kepada calon oleh Suruhanjaya ini manakala arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Muat naik pada 23 Disember 2013

PEMAKLUMAN : PANGGILAN SEMULA URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL DAN GRADUAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (DPLI-GSTT) – SPP


PEMAKLUMAN : PANGGILAN SEMULA URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL DAN GRADUAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (DPLI-GSTT)

Temu duga bagi jawatan di atas yang melibatkan calon yang menghadiri majlis konvokesyen di luar negara dan masalah kesihatan akan diadakan pada 23 Disember 2013 di Putrajaya, Kota Kinabalu dan Kuching. Calon boleh menyemak jadual temu duga seperti berikut:

– Putrajaya

– Kota Kinabalu

– Kuching

SEMAKAN TAWARAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG AMBILAN JANUARI 2014


SEMAKAN TAWARAN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG AMBILAN JANUARI 2014

 

Lawat di sini untuk semakan : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/semakan_tawaran_jan2014/index.cfm

Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri – Sinar Harian


Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri
ADILA SHARINNI WAHID
24 Disember 2013
  • Azham OthmanAzham Othman
< 1 / 1 >

KOTA BHARU – Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ibu lumpuh perit besarkan 8 anak – Kosmo


Ibu lumpuh perit besarkan 8 anak

 

 

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

 

NOORAINI (kiri) bersama empat daripada lapan anaknya di Taman Perumahan Jintan, Chetok, Pasir Mas semalam.

 

PASIR MAS – Nasib seorang ibu beranak lapan, Nooraini Mohd. Noor yang lumpuh sebelah badan di bahagian kiri selepas diserang angin ahmar bagai jatuh ditimpa tangga apabila suami tempat dia dan anaknya bergantung pergi meninggalkan mereka sejak setahun lalu.

Lebih memilukan, Nooraini, 40, kini terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan yang dihidapinya sejak setahun lalu itu dan hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga termasuk seorang anak kelainan upaya.

Menurutnya, dia bingung memikirkan masa depan anak-anaknya yang berusia antara empat hingga 18 tahun itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan kesihatan tidak mengizinkan untuk bergerak lincah seperti orang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA – CUEPACS


PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA

06 November 2013
Sumber Dari Web JPA

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Penambahbaikan JGMM ini juga melibatkan:

A. penyeragaman kod gaji A bagi skim perkhidmatan Pemandu Lokomotif
menggantikan kod gaji AA.
B. penyeragaman kod gaji DG bagi skim perkhidmatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (Bersepadu) menggantikan kod gaji DGA.
C. pewujudan kod gaji DUF bagi skim perkhidmatan Pensyarah Farmasi.
D. pewujudan kod gaji H bagi Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran
menggantikan kod gaji R bagi Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/ Separuh
Mahir/ Tidak Mahir.

1

 

2

Muat Turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36/2013

JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENOLONG PENGARAH DI BAHAGIAN MATRIKULASI


JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENOLONG PENGARAH DI BAHAGIAN MATRIKULASI

23 December 2013

IKLAN KEKOSONGAN SEBAGAI PENOLONG PENGARAH DI BAHAGIAN MATRIKULASI
Permohonan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah gred jawatan DG 44 dan gred DG 41.
Bidang pengkhususan (opsyen) dan kepakaran diperlukan adalah seperti berikut:
1.Biologi
2.Fizik
3.Matematik
4.Perakaunan
5.Ekonomi
6.Kejuruteraan (Awam, Elektrik & Elektronik)
7.Bahasa Inggeris
8.Sains Sukan
Permohonan boleh dikemukakan dengan menyertakan resume dan LNPT
(3 tahun berturut-turut) kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Sila hubungi, En. Mustafa Kamil Bin Sulaiman- 03-888844008 atau
En. Mohd Amin Bin Osman-  03-888844105.
TARIKH TUTUP permohonan pada 15 Januari 2014.