Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012? – Utusan


Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 11 Nov. – Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

“Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

99 Comments

  1. macamana guru nak kerja 9 jam…….. nak uruskan sekolah satu hal…….. dengan urusan pejabat dan juga kelas….. bagaimana anak-anak yang bersekolah agama pada waktu petang…. nak keluar masuk hantar anak nanti risiko keselamatan serta nyawa kita dalam bahaya adalah tinggi…… dan anak-anak ada yang tak sekolah dengan ibu atau bapa yang mengajar di sekolah yang sama…. perjalanan keluar masuk mengundang banyak masalah disiplin dikalangan guru dan pelajar itu sendiri…. fikir-fikirkan lah……..

  2. tak de masalah pun pelajar sekolah sudah lama balik pukul 5 ptg tak bising pun, kenapa guru lak bising. pelajar boleh bahagikan masa tak kan guru tak boleh. yg penting cuba dulu. kan semuanya ada disekolah daripada ilmu dunia dan ilmu akhirat cuma cikgu yang tak gunakan dan ajarkan spt yang diarahkan oleh kerajaan guru biasa, guru J qaf, guru agama kalau semua berjalan lancar tak yah cari yang luar disekolah sudah cukup. maaf ganggu.

  3. guru-guru j-qaf lagi tertekan.kelas mula pukul 7.00pg untuk tasmik diluar waktu habis lak pukul 2.45 kelas tasmik..kerja2 melibatkat kssr,pksr,data,koku,kbs 4 kali untuk tahun satu,dua,tiga,sampai tahun 6.data2 lain nak kena isi.pbs,saps.mati la cikgu macam ni.

  4. BINA SKOLAH LAGI LA…SUPAYA 1 KLAS TAK LA SAMPAI 40-50MURID…CAMANA GURU NAK BAGI FOKUS PERKEMBANGAN SEMUA SEKALI.. KALAU NAK 9JAM…TAMBAH GAJI LAGI LAA.. TAK HABIS2 CEMBURU NGAN GURU…KALAU NAK RASA KEJA GURU..MASUKLAH…JANGAN INGAT KEJA SETENGAH HARI GURU GOYANG KAKI JE D SKOLAH… BARU ANAK DUA TIGA ORANG D RUMAH PUN TAK TERJAGA BETUL.. CUBA JAGA 40-50 ORG…PENING TAK PENING…STRESS TAK STRESS…

  5. hanya cikgu yg tahu betapa berat tanggungjawab yg terpikul di bahu seorang guru.pagi hingga ke tengah hari, pen tidak lekang dari jari.masa mengajar yang padat, masa free sejam dua diisi dgn kerja melengkapkan mcm2 dokumen rasmi, periksa kertas bkn hanya pada musim exam kerana ujian dijalankan hampir sepanjang tahun..buat analisis..buat laporan..lengkapkan resit yuran murid lagi..mcm dah jadi kerani kewangan dah skrg ni..program2 sepanjang tahun tak perlulah disebutkan lagi.kertas2 kerja, sediakan minit, melaksanakan program yg bermacam2 tu..minggu lepas ada sorang cikgu perempuan sekolah saya hampir pitam dlm klas.murid2 tolg papah ke bilk guru. tekanan LINUS..biarlah..selagi terdaya kita yg bergelar cikgu ni akan jalankan amanah sebaik mungkin. tapi kerja 9 jam itu akan membuatkan lagi ramai guru akan sakit jiwa dan kacau bilau kehidupannya. kami pun manusia biasa. ada masanya kepala berdenyut2 bagai nak pecah…

  6. sblm2 ni ok ja…..tugas guru2 bukan hanya mendidik saja…..guru lah kerani, lagi2 skrg ni banyak adat yang perlu dilengkapkan dgn on9…..SPPBS, SAPR….semua tu menuntut waktu cikgu2 bukan pada masa p&P….siapa bagi cadangan ni try masuk sekolah yang besar dulu….lebih tidak waktu bekerja dr 9 jam…..huhu

  7. masalah beban tugas guru sebelum ni pn xsettle lg,ni tambah lg beban tugas. ingat guru kerja separuh hari je ke? selama ni guru balik rumah pn keje lg. ada mcm2 keje utk sekolah nk kne buat.belum campur ari sabtu pn keje. zalim betul orang atasan ni. gaji xtambah. keje je yg bertambah2.suara orang bawahan ni bukan diorang dengar. tunggulah kt akhirat nnt. xkan selamatnye sesiapa yg menzalimi org lain.

  8. haaa…bagus sangat la tu cdgn nak tanmbah 9 jam….barulah saya yg dah 6 tahun jadi ibu tunggul ( jauh ngan suami, mintak tukar ikut suami tak pernah dapat ), dgn anak2 kecil2 ni jadi makin berantakan….angkut jer anak2 tido kat sekolah…tambah lah lagi kerja cikgu ni….tak habis2 anggap cikgu ni golongan goyang kaki…..dah la gaji x tambah2…..peruntukan untuk sekolah asyik cut sana cut sini…cikgu ni jugak la nak kena guna duit poket sendiri kalau nak buat BBM…pengurusan SPBT ( yg tiada dana bantuan walau RM0.10 sen pun )…pengurusan keceriaan kelas lagi….nanti, kat Johor x payah ada sekolah agama petang lah ye? Cikgu ni, dah mcm robot hari2, kerja berlambak…waktu ngajar padat….laporan tu, laporan ni semua nak cepat….sistem file asyik double standard, kejap suruh mcm tu, kejap suruh mcm ni…no kod fail asyik bertukar2 ajer…asyik kena bukak file baru manjang…program sekolah x habis2…kalau mcm jqaf lagi lah teruk….program lain, cikgu jqaf WAJIB libatkan diri, tapi bila program jqaf, cikgu2 lain x payah terlibat…..mcmana tu..? Tolonglah perikemanusiaan kpd kami golongan cikgu yg dah banyak ditekan2 dgn bebanan kerja yg berlambak…kerja kerani kami buat…kerja tukang kebun pun kami buat…..Tolonglah….bukan kami mengeluh dgn kami kami selama ini, tapi terkilan dan kecewa la, bila kebajikan kami tak dijaga, malah hanya terpikir nak tambah beban kerja kami….cuba pikir, mcamana nak satukan cikgu2 yg jauh ngan suami / isteri ni, bagi duduk satu rumah…..cuba pikir mcamana fasiliti sekolah dijaga sempurna dan lebih lengkap, lebih membantu cikgu, lebih menaikkan prestasi murid…aduhai..nak nangis la, kalau betul kena ngajar 9 jam…kpd cik Sharifah Ross kat atas tu, cikgu ke sbnarnya awak…kalau bukan cikgu, x yah menyampuk, cakap sesedap mulut jer..tapi kalau anda cikgu, saya rasa anda adalah cikgu yg bmasalah jika tak rasa bebanan kerja….kalau anda bukan cikgu, tahun ni apply KPLI dan rasakan sendiri jadi cikgu ni macamana…Ada berani ?

  9. setuju………..andainya guru tak payah buat kelas tambahan malam dan hari cuti….tak payah duk kat padang untuk latihan sukan…….tak payah latih murid utk pertandingan….pertandingan….tak payah buat program pada hujung minggu…tak payah jaga peperiksaan awam yang berhari2 lamanya….hingga cuti pun tak der…..tak yah bertugas waktu cuti ……tak payah bertugas tunggu murid yang lambat balik sebab mak bapak diaorang buat tak kisah……tak payah buat kem sampai siang malam cikgu kat rumah….tak payah isi data-data bodoh sampai tengah malam buta………INGAT……kejayaan murid itu bermula daripada redha gurunya…….

  10. waktu bekerja 9 jam di sekolah akan lebih membebankan guru yang sememangnya telah sedia tertekan dengan bebanan tugas pengkeranian yang melambak… para guru bukan sahaja perlu mengajar dan menjalankan tugas mendidik sahaja seperti yang disangkakan orang yang berkerjaya bukan guru. kerja guru kalau diberi 24 jam pun tak kan siap… dan tahniah la kepada yg ade PHD tuuuuuu…. boleh tak kaji macammana nak kurangkan beban guru supaya PNP lebih mantap bukannya asyik nak tambahkan beban yang telah sedia ada…

    • salam…. tumpang lalu… saya seorang guru yang mengajar di sekolah 2 sesi di sarawak… dan saya memang orang sarawak… saya masih baru lagi dalam profesion ni… tahun ni genap 4 tahun… dari tahun pertama lagi saya dah dilantik menjadi guru kelas… bermula dari tingkatan 1B.. saya ingatkan 1B tu kelas pandai.. bila tengok result upsr, masya-Allah… banyaknye E… dengan pengalaman yang kurang, menguruskan waktu untuk P&P, menguruskan urusan kelas, bayaran itu, bayaran ini, urusan peminjaman buku teks, nak kena amik kehadiran budak hari2, melayan panggilan telefon dari mak ayah pelajar, dh menjadi rutin saya selama 4 tahun ni…. nak tambah lagi keja sampai 9 jam???? dahsyat…. sangat dahsyat…. x dapat nak bayangkan macam mana la situasi tu akan saya hadapi… skrg ni pun dh banyak tekanan perasaan dan jiwa saya alami… nak tambah 9 jam… rasa2 saya org pertama daftar masuk hospital sakit jiwa kot… kesian kt anak2n suami saya nanti…

  11. kecoh la…mcm korang je yg keje xcuti…dey,g mati la…xsuka,letak jawatan…takat isi borang,isi markah,latihan,blik lewat ptg,tu pn nk kecoh ke….ramai lagi la org lain keje lg payah dr cekgu…xpayah nk buat crite sedih korang,nk tgelak aku bace…puiii..

  12. guru oh guru ,kenapa engkau menung,macam mana aku tak menung kerjaku makin menimbun.adakah kita insan yang bergelar guru akan menjadi cerita bangau oh bangau yang sentiasa dipersalahkan dan disalah ertikan oleh sesetengah insan yang langsung tak faham situasi dan kedudukan guru dewasa ini.Guru dari dulu bukan 9 jam bekerja tapi 24 jam kerja pun orang tak percaya.kerja2 yang dibawa balik ke rumah siapa nak nampak.sistem on line sekarang ,kadang nak masuk siang hari oi bukan main sibuk , nak mudah buka tengah malam,awal pagi baru dapat.baru senang buat kerja.Ni bukan tugas guru ke?Sampai sanggup berkorban sebegini pun nak perlekeh guru lagi jurutera pencen dan sharifah ros.Guru berdepan dengan insan yang hidup ,bergerak dan mempunyai pelbagai kerenah.Dah tu satu2 kelas bukan sepuluh

  13. orang tapi dalam satu2 kelas melangkaui angka 30 ke 40 .adakah relevan dengan sistem pendidikan sekarang .Tepuk dahi tanyalah akal logik sendiri.Dunia bukan makin panjang masanya tapi satu hari masa rasa makin pendek dan tak mencukupi.Tapi kalau semua nak disumbat dlam situasi sebegini adakah sesuai hingga guru disuruh bekerja 9 jam……

  14. rasanya cikgu yang mengajar 1 subject 1 kelas boleh mencapai purata 30 – 40 murid. jika 1 tahun ada 3 kelas = dalam 90 – 120 murid. jika beberapa subject ajar… dan nak tanda kertas exam, nak siapkan kertas soalan lagi, kelas tambahan lagi, nak key in kat saps lagi… fikir2 kan lah. janganlah tahu mengutuk cikgu. tanpa cikgu mereka yang kutuk tu belum tentu pandai macam sekarang. hormatilah guru. kalau kita tak hormat guru, belum tentu ilmu yang diterima oleh anak kita selama ini berkat.

  15. sememangnya mereka yg tidak faham kerjaya seorg guru & BUKAN seorg guru cuma tau mengutuk & memaki cikgu…tetapi mereka tdk pernah sedar mcm mana pengorbanan guru yg berusaha mengajar anak mereka2 ni mengejar impian mereka.. kelas tambahan malam, kelas tambhn hujung mggu… cuti pn buat kelas tmbhn… belum kira lg kerja2 perkeranian yg lain & ‘marking’ paper yg tak putus2 sepanjang thn… ditambah lg dgn sistem pendidikan skrg ni semua online…ingat kerja cikgu ni senang sgt ke?? Bila dengar cgu ni byk cuti mulalh orang lain fikir kerjaya seorg guru adlh yg plg senang… x pyh minta cuti konon… tp mereka x tahu masa cuti bukan diisi utk percutian cikgu semata2.. Masa cutilh masa untuk KELAS TAMBAHAN & pelbagai program sekolah lain… cuti ke namanya 2? fikir2knlah mereka yg nak tmbh beban cgu 2…

  16. haha..sudah2 la cerita sedih korang tu…geli perut dengar…ni nk bgtau,kami yg keje dekat swasta ni,nk cuti bos x bagi..tiap2 tahun akan ade annual leave yg xhabes,dibawak ke tahun hadapan,pn xhabes gk,bkn sebab cuti bnyk sgt,tp sbb xboleh nk cuti…korang nk kecoh kene ajar ko kurikulum petang2, hari minggu, ni aku nk bg tau kami kdg2 kene tdo dkt opis buat keje,kene dtg hujung minggu buat keje TANPA OT…semua di buat sbb itu tanggung jawab, kene buat atau akan ade org lain yg tanggung susah sbb ko xbuat keje dgn betol…
    korang pikir la brape bnyk untung korang keje dgn kerajaan ni,loan rumah senang,loan kereta senang,loan personal senang..ape lg korang nak..bonus dpt,ni br ni naik lagi gaji..pn xbesyukur jugak…swasta,ape yg dpt….dh la bayar cukai pendapatan same2,tp yg dpt bonus org kerajaan,tp keje mcm haram,asek merungut je…
    aku nasihatkan pada mane2 yg suke bising tu,elok la ko letak je jawatan,ko masuk swasta…br ko tau langit tinggi rendah…aku bkn nk belagak nak kate aku bagus,tp aku mual tgk perangai korang yg ckp “guru sanggup bekorban utk anak bangsa” membebel utk bende2 remeh cmni…tgk dulu nasib org lain mcm mane,br ko boleh ckp nasib ko tu baik ke tak..
    dan aku xpelik kenape budak2 skarang perangai makin teruk kalo mcm ini punya teruk sikap cikgu…xiklas dlm mengajar…plis la,stop this..mual perut aku bace rintihan korang tu…

  17. X setuju. Kami pun perlukan rehat dan untuk membuat persediaan hari seterusnya. Tak cukup dengan sistem baru nak tambah pula waktu kerja, Golongan bukan guru tu ingat kita ni cuti banyak; dalam masa tu pun boleh dipanggil bertugas juga. Ikutkan 7 hari je dalam setahun. Gaji tak naik, kerja banyak blm lagi jumpa MONSTER PARENTS yang tahu komplen dan ingat anak dia betul saja. Kerja setengah hari pun sudah cukup memenatkan mental guru…setengah hari menghadap karenah murid yang pelbagai ragam cukup mencabar. Kalo murid cakap cikgu jahat ibu bapa pun ingat betul tapi cubalah tempatkan diri anda dalam posisi guru, berapa lama (anda) dapat tahan?

  18. JANGAN NAK SAMAKAN GURU DGN KERJAYA LAIN..KALAU KERJA KAT OFFICE WPUN KERJA 8 JAM TP RILEKNYE BANYAK..MASA2 TERTENTU JE YG BUSY.GURU DARI PUKUL 7.00 HINGGA PUKUL 2.00 KERJANYA BERTERUSAN..EVERYDAY!REHATNYA STGH JAM JE.,KLIEN RAMAI..30-40 ORANG DALAM SATU MASA..KERJA BW BALIK SAMPAI KE RUMAH TP X DPT KLAIM O.T. CUKUP2LA BERDENGKI DGN CIKGU2.ANAK2 KAMU SEMUA KALAU TAKDE CIKGU MAMPUKAH KAMU SEMUA MENGAJAR MEREKA SENDIRI B.M,B.I,MATEMATIK,FIZIK,KIMIA,……???

  19. kepada sharifah ros..jgn bengap sangat..baik ko jadi guru dulu baru taumcm mane rasa keje siap bawak balik rumah tdo pun 2 jam……BODOH
    kepada jurutera pencen…baik ko diam je buat kerja ko sendiri ehhh…ko balik rumah dpt tdo lagi kan? cikgu dpt ke tido?????lepas selesai kerja rumha sambung balik buat kerje utk esok…PALOI!

      • Hahaha…Kesian Betul Jurutera pencen ni..

        Tu la org cakap, klo nak berkawan tu cari org yg betul2 dedikasi dgn kerja dia. Awak nak sama kan Kawan awak tu dengan cikgu lain? No wonder awak tak dapat nak berfikir dengan betul. Jgn nak sama kan cikgu lain dgn kawan awak tu. Ker sebenarnya “Kawan awak” tu adalah awak? Klo semua cikgu macam kawan awak tu jahanam la sekolah dgn murid2 nya.

        Lagi satu, jgn nak komen pasal org lain merungut pasal waktu kerja, awak sendiri pun ada merungut! Kalo nak cakap org tu, fikir2 la pasal diri sendiri dulu…

  20. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini seorang jurutera bersara
    Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

  21. Ramai orang Nampak ckg byk rehat… kerja separuh masa… cuti banyak…. Tp org tak Nampak ckg bekerja pada hari sabtu dan cuti sekolah tanpa ada bayaran kalau ada pun cukup untuk minyak kereta saja (inisientif PIBG).. orang tak Nampak cikgu masuk hutan berkhemah bersama murid2 tanpa ada elaun unit beruniform… orang tak nampak cikgu terpaksa membawa kerja2 di sekolah pulang ke rumah seperti menanda buku murid kerana di sekolah sibuk dengan kerja2 perkeranian dan mengajar.. orang tak Nampak yang ade cikgu yang mengajar di sekolah pada waktu pagi dan melatih murid untuk pertandingan dan sebagainya pada waktu petang tanpa meminta OT… orang tak Nampak yang cikgu bekerja pada hari sabtu dalam sebulan hampir 3 kali sabtu digunakan untuk aktiviti2 seperti kem bestari solat, sukan> sukaneka > merentas desa, English in cam, kem pengawas, kursus dalaman, gotong royong, kem unit beruniform, mesyuarat guru pun diadakan pada hari sabtu kerana tidak mahu mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran (byk lagi)… orang tak Nampak cikgu terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menghias dan menceriakan kelas dan fotostat bahan yg dirasakan perlu untuk murid kerana tiada peruntukan diberikan oleh pihak sekolah… orang tak Nampak cikgu tertekan dengan masaalah pembelajaran murid2 terutamanya guru yang terlibat mengajar murid pemulihan, LINUS dan Tahun 6… tapi kami masih tetap menjalankan tugas.. ni bukannye cerita sedih yang poyo tapi kenyataan… kerja cikgu bukannya mcm kerja opis dlm aircond duduk tgk computer > tahu setiap kerja ade susah senangnya… ckg kena naik turun kelas mengajar murid sekolah rendah kene kreatif cakap pun kene kuat nak control kelas lagi masaalah disiplin murid lagi..cikgu pun manusia juga yang ada keluarga bukannya robot…

  22. dari kecik sampai tua..hari2 aku pergi sekolah..inilah kerja aku..malam pun aku duk sekolah,tapi heran bila siap..esok ada lagi tugas lain..meja aku penuh dgn surat2 yg tak sempt aku baca..mesyuart !!! hari2 boleh kata ada,taklimat lg..sampai aku pun naik jemu dh..tapi demi memdidik anak bangsa sabarlah..bebanan yg dipikul sgt berat..sampai pernah aku di sembur air sireh oleh seorg bapa..yg tak puas hati..namun aku tetap sabar..sekrg brmacm2 lg bebanan tugas yg melanda..tapi aku tetap sabar..nk luah byk2 nanti naik darah lg..biarlah.. aku tetap akan melangkah demi t.jwb.. semoga pengorbanan aku ini berkat dunia dan akhirat….jika ada sesiapa yg ingin menjadi guru…sabarlah…jika kita memdidik dgn ikhlas..Allah akan memberi keberkatan kpd keluarga,dan anak2 kita..insyaaalah..nak makan rasuah pun susah inilah keismewaannya..duit gaji yg kita dapat adalah bersih..walaupun sedikit..harap2 jgn lah dengki sgt dgn guru ni..kuasa guru sgt hebat..jika semua memberontak maka hancurlah negara,akhlak,dan agama..fikir2lah..sebelum membuat keputusan…

  23. Sblum jd guru sya pernah keje swasta..kedua2nya pun perlu komitmen yg tinggi tp stu yg berbeza sgt..time swasta dlu, x penah bwa keje balik umah, cuti pun x pikir pasal keje..tenang je time cuti gitu..hehe.. ade masalh x selesai pun besok baru sambung fikir kat offc.tp jd cikgu mmg diffrn.. mcm 24jam tu x cukup..rumahku offcku jua..kul 2,3 pg bangun nk siapkan keje.dlm kelas murid kencing,berak..kite jugak la yg cci..Guru skrg, bukan sekadar mendidik..

  24. kecewa dengan KPM…gaji pun tidak tinggi , pejabat swasta sekurang-kurang ada dua bulan bunga, percuma melancong , cuti 14 hari +++ (depends pengalaman ) , elaun tambang , annual dinner , dinner new year……..kerja hanya 8 jam.
    if really need us to do at least 9 hours every day , what KPM can provided to us….student’s must be more naughty than before , less control of discipline (can’t be punish , not allowed by KPM) , any profit of student’s result ? so disappointed …. now many of the teachers often leave at the school when all the students go back home , leave at school for the meeting , meeting and meeting , to fill up online academic form , spms(school oneline ) , saps , linus , kssr , protim , pemulihan , SBOA , PLBS ……..many more….so….ngiak…
    In additional , always the parents always complaint there complaint here…look at your child , what mark they get ? how many words that they know ?
    Lucky own a good and reasonable headmaster no like other school own a unreasonable headmaster…..

  25. saya rasa, semua guru setuju kalau kerja sembilan jam tu cuma fokus untuk P&P saja. masa mengajar pun perlu 12 waktu sj seminggu. Sebelum waktu kerja dan selepas waktu kerja, guru buat macam kakitangan awam lain, tak ada kerja rumah,…. so ibubapa jaga sendirilah anak-anak mereka… aktiviti ko-kurikulum pun hanya dijalankn waktu 9 jam tu sj… kalau macam ni, ringanlah beban guru sikit…. pasti setuju.
    Guru-guru pun boleh buat seperti kakitangan awam lain, dapat pg minum waktu kerja…heheh lepak-lepak kat kedai minum hahaha… Tanggungjawab kami cuma 9 jam kerja saja…. yahooooooo

  26. boleh je 9jam… cuti macam pegawai kerajaan lain ..30hari setahun.. jgn kira cuti sekolah-cuti sekolah tiket belon mahal?kalo pengetua panggil jaga sekolah dahtak cuti dah jadinya.. boleh claim overtime.. senang naik pangkat mcm jabatan lain bukannya menunggu 8 tahun or 10 tahun.. stat kerja pukul 8pagi … rehat kul 12 stat balik kul 2 sampai 4.30 … ok tak..

  27. Bengang jg dgn org2 yg cba smakn krja guru dgn krja yg lain. Guru fokusnya yg utama adalh kpd murid2 iaitu seorg manusia yg kita nak didik bkn stakat cemerlang akademiknya ttp jg sahsiahnya bygkn dlm sbuah kelas ada 40-50 org murid btapa berat tanggungjwb tu tp apalh jurutera pencen tau..w’pun guru d bebani dgn tugas2 lain tp kmi sdaya upaya jg m’lksanakan tugas m’didik krn itulh co bussines kmi tp jgn lh mengambil kesempatan dgn keikhlasan kmi dgn menmbh lg beban guru..cik/pn Sarifah bezanya murid dtg skolah mrk menerima ilmu manakala guru m’yediakan bahan, mengajar, membimbing, memeriksa, memantau dan bnyk lg bkn goyang kaki sj dtg k skolah atau lps tgn (klu yg dah pndai tu syukurlh klu yg lemah tu nasiblh pndai2lh mak bapa murid ni hntr tuisyen bkn masalah guru) bole kmi b’fikir bgitu tp guru ni ada naluri smulajadi ( keprihatinan, tanggungjawab) mna2 murid yg lemah mesti kmi bimbing, mna2 murid yg ada mslh disiplin @ kelurga sdaya upaya d bntu manakala murid yg ada potensi dlm akademik kita berikn b’mcm-mcm pengayaan bgitu jg dlm bidang2 lain kita berikn galakan & tunjuk ajar..

  28. saya pn setuju keje 9 jam nie…kite masuk kelas halau budak balik umah, kelas kosong je, bila kpm tanya mana budak kite jawab sumer dah balik….pas2 tunggu 5 tahun lagi, tgk negara kite ade ke x lagi… hehe ke dah di amik alih oleh ORANG LEN?, nk wat ape2 pn perubahan kaji pro n kont dulu…wat org panas telinga je…pe hal….

  29. sudahnya guru2 ni bkn lg gi sekolah utk mngjar,tapi MENGASUH….hihihi…mak bapak kat rumah, buat la anak byk2…..dah tu cukup 5 thn, htr sekolah.bila cikgu2 naik angin, usik sikit…ibu bapa dh meroyan, report polis, ajak naik court…pnyla kuat mak bapak ni…sbnrnya diaorg ni, anak 2-3 org kt rumah pun tak terjaga, ni pulak pandai nk komplen cikgu2 yg menjaga 30-40 org murid sekaligus…bdk2 skrg ni bkn nk blajar pun…melawan je pandai…agaknya mmg kerajaan nk srh cikgu2 yg mendidik + mengasuh ank2 ni sbb mak bapak diaorg mcm hampehh….

  30. Mengajar 9 jam……suatu yg tak rasional, hairan kenapa adanya cadangan seperti ini. Bukannya menentang tapi mencadangkan sesuatu itu biarlah yang berpatutan. Jangan samakan masa kerja guru dengan pejawat awam yang lain.

  31. walopun keje 1bulan lebih sebagai cikgu ganti….aku vote to cikgu2. penat beb jadik cikgu…harap tak de le keje sampai kul 5 ptg. sian kat anak aku jugak nanti. jadik engineer lg best keje n duit sama padan.

  32. patut la budak2 skrang perangai mcm setan… rupa2nya ada mak bapak mcm jurutera pencen… kami sbg ibu bapa x prnh shkan guru krn kami tahu tgas mndidik sgtlah berat… stakat jd jurutera tu apalah sgt.. kerja dgn menda mampus… tp tahu kah jurutera pencen nk mampus bhwa guru bekerja dgn benda hidup… anak2 bangsa yg blh berjalan sana sini… klu silap sikit begaduh, pecah kepala, luka… kau ni jurutera gila pernah ke terpikir g2.? kami sbg ibu bapa sgt malu ada manusia yg mngutuk para guru tp dlm masa yg sama mnghantar anak utk dididik oleh guru… satu lag..kamu jurutera pencen mmg x lyk keja kerajaan sb tu kerja kat swasta..jd jgn mimpilah nk dapat keistimewaan yg ada pd kakitgn kerajaan… pd puan ros plk… takat komen bodoh mcm tu x pyh la… kt tahu guru kerja teruk dn kt sokong guru 100%… cg2 jgn bimbng… teruskan mendidik anak2 kami… jgn dilayan 2 ekor beruk yg busuk hati dan pedal tu..

      • alhamdulillah… ank2 sy smuanya brjya berkat usaha guru.. wlaupn sy siang mlm keja smp x smpt nk perhatikan ank2 tp mereka ttp mnjdi insan yg brguna…malah mereka kdg2 memenangkan guru mereka dr saya… contohnya klu sy ckp ssuatu dia akan kt salah sbb guru dia ckp lain… mereka akan kt guru mreka yg btul… murid2 sendiri pn reti respect guru mereka… mslahnya dgn murid2 skrg yg lawan guru sy rs brpunca dr ibu bapa yg perangai spt jurutera pencn tu… stiasa slhkn guru kondem guru dpn anak2 mereka.. sb tu bdk2 x reti hormat guru.. salah sikit nak saman je kejanya… ptt ibu bapa lah yg ptt support guru2 spya beban guru dpt dikurangkan… saya dn berribu2 lagi ibubapa yg perihatin akan sntiasa mnyokong guru2 dari belakang.. jgn bimbang.. teruskan perjuangan anda mndidik anak bangsa agar mnjdi manusia yg berjaya bl dewasa nanti…

  33. sabarlah semua..jgn duk gaduh2 mengeluarkan kata2 yg kurang enak. ini tempat umum siapa2 pun boleh baca..dari anak2 murid kita sampailah kepada atuk n nenek kita. Malulah,dimanakah letaknya maruah kita. baik guru mahupun bukan guru. igtlah kita bekerja nak cari rezeki yang halal jd tak perlulah kita cepat melatah. kalau kita melatah org lagi suka kacau..membantah or meluahkan rasa ada caranya. siapa juga kita untuk menilai tahap keikhlasan kita bekerja. kalau masing2 ikhlas bekerja insyaAllah, perkara ini pasti ada penyelesaiannya.. saya seorang guru yang terlalu mentah. mohon maaf pada senior2 semua. b4 masuk dalam profesion ni memang rasa mudah n suke je nak jadi guru. tapi selepas 5 tahun saya mula nampak tugas guru terlalu berat. ye saya akui. guru bekerja dgn manusia yang penuh emosi. macam2 ragam. Jika guru sekadar mengajar memang satu perkara yang mudah,tapi guru bukan setakat mengajar malah mendidik. semuanya kerana ingin melihat anak bangsa menjadi manusia yg berakhlak. Tak salah jika guru nak bekerja 9 jam. tetapi sebagai ibu bapa cuba kita fikirkan sekejap. kita sehari ada 24jam. bayangkanlah 9jam anak2 di sekolah, tinggal 15 jam sahaja masa ibu bapa dgn anak2. itu belum tolak masa tuuisyen 2-3 jam, dah jadi 12 jam..tolak pula masa tidur anak2 6-7 jam..tinggal berapa je masa ibu bapa dengan anak2? tak 6jam, or 5 jam? belum tolak masa dorg kuar dgn kawan2 lah..berapa lama je masa kita dapat menjengok, melihat atau mendengar masalah mereka..mendengar rintihan mereka..cukup masa itu? renung2kanlah. kita yang dewasa ini tak perlulah nak difikirkan sangat, dah tahu pun jd ape, kan? fikirkan utk anak2 kita semua. mereka perlu ksh syg dan perhatian.semua yang ada di sini pun hebat2, guru, pengetua, jurutera dsb.. jadi tak perlu kita bergaduh2 di sini. cakap yg bukan2. malula..kita dah dewasa. apa yg perlu kita buat adalah bersuara ditempat yang betul..bersatulah wahai guru2 sekalian..mudah2an suara kita didengari. Kepada yang bukan guru, bersabarlah..saya akui kerja mane2 pun susah. takde yang leh goyang kaki. Tahniah n terima ksh juga kepada jurutera tanpa mereka kita juga belum tentu dapat duk dalam mengajar dalam bangunan yang selesa. cuma perlu diingat, siapapun kita, baik guru or bukan guru,pikullah tugas kita sebaiknya..jgn cepat melatah dgn perkara2 begini. ini semua hanyalah provokasi semata-mata. percayalah!berdoalah banyak..mudah2an dipermudahkan kerja2 kita..amiin.

  34. i rasa kerja dan tugas guru bkn lah berat sangat.. mmg semua org bleh buat…

    CUMA, KERJA NYA BERMACAM2 DAN BERCAMPUR ADUK…. YG PALING PENTING MEMERLUKAN MASA SERTA PERAH OTAK TENAGA UNTUK DISIAPKAN….

    sehinggakan tugas utama iaitu mengajar dlm kelas seakan terabai dan dilaksana alah kadar…

    skrg, hampir smua uniform dalam Malaysia ni dah ada dlm sekolah…. cuma uniform jurutera aje yg belum ada…

    kerjaya lain mmg sibuk dan berat jg, cth doktor yg slalu oncall, dan jg nurse yg mulia mjaga pesakit yg bermacam ragam… tapi kerja mereka berfokus… terarah pada satu bidang tugas utama… dan bila balik rumah, kerja tinggal ditempat kerja..

    sedangkan guru, masa seharian habis di skolah atau padang atau tmpat2 lain bsama pelajar… pastu, bila balik rumah kena buat kerja dokumentasi pula… paling kurang, bawa buku latihan pelajar untuk disemak…

    guru skrg byk keluarkan wang poket sendiri utk tugas2 rasmi. cth, bawa budak p pertandingan2, takda diberi elaun… pastu, wang poket sndiri juga mengalir utk tugas bkn rasmi.. contoh, tolong belikan warna, lencana, makan, minum, dll untuk pelajar yg kurang mampu…

    tapi org ramai yg tak prihatin bukan nampak smua smbangan baik oleh guru2..
    sikit silap guru, dah seluruh Malaysia kecoh salah kan guru.. hmmm…

  35. Payah la org yang x tau keje cgu ni……. tau nak arah jew….. bagi la dia dok kat sek, x payah lama 6 bln jew….. jadi guru baru tau mcm na susah guru ni….. nak manage bnyk benda……. dorg hantar anak pas tu bila berlaku apa2 lepas tangan sapa yang disalahkan GURU ni juga la….

  36. ni komen saya ..setakat ini,…tak payah keje 9 jam pun..kerja cikgu settle jugak…tak perlulah nak bebankan guru lagi dengan tambahan masa bekerja…bayangkan lah..semua cikgu yang keje sesi pagi kena datang ke sekolah paling lewat pukul 7.30…dan kena balik awal2 pun pukul 1.40..ada yang buat kerja sampai kul 5 petang..stay back kat sekolah..urus yang mana patut..ada yg sampai malam semata-mata nak pastikan semua ok kalau ada majlis keesokkannya…fail-fail, yuran, ko-ko, kelas tambahan, acara, majlis hari sabtu ke ahad ke, cuti sekolah ke..tak payah cakap lah…semua cikgu buat…tak payah bekerja 9 jam untuk buat semua itu…kerja kami settle jugak….

  37. salam sy bekas cikgu…skrg pensyarah…ape yg sy bole ckp jd cikgu mmg sgt2 memenatkan….walaupun kul 2dh bole balik tp work loadnye sgt compact….bile jd pnsyarah sy opiz hour n kadang smpai mlm but sy tak rase sepenat ms jd guru ..oleh itu yg tk pnh jd cikgu tk payahla ppnadai ckp cikgu tak ade keje ok….cikgula kerani,polis,akauntan, segale2nyelaa…..saye bangge pnh jd cikgu huhuhu!!!

  38. jurutera pencen tu tau hentam cikgu je. bila ada mesyuarat PIBG di sekolah ada ke ambil kisah anak? bila ada program libatkan ibu bapa ada ke datang ke sekolah? kalau setakat jadi jurutera keje dengan mesin bisu tu dan harapkan masalah mesin ganti sparepart tak payah nak komen keje cikgu. keje cikgu membentuk manusia. manusia yang berguna di mata masyarakat. murid ini ibarat sehelai kain putih, cikgu mencorakkan. bapa macam jurutera pencen tahu nak blaim keje cikgu jer. kalau cikgu salah corakkan ia tidak boleh diganti seperti sparepart mesin. KERANA ITULAH TUGAS GURU ITU MULIA DI SISI ALLAH. BESAR PAHALA DAN SATU IBADAH MENYEBARKAN ILMU PADA MURID. murid akan gunakan ilmu itu sehingga mati dan disambung ke generasi akan datang. pahala tidak akan putus walaupun cikgu itu mati kelak kerana berkat murid itu guna ilmu cikgu. tapi sayang bila ada manusia lupa jasa cikgu macam jurutera pencen, ada hasad dengki dengan tugas guru, percayalah beribu2 guru kecam + kutuk jurutera pencen itu, maka tidak amanlah kehidupannya kelak. percayalah pada hukum karma.

    • Ramai rupe nye yg x paham ape yg aku tulis…ni aku quote balik ayat ko . KERANA ITULAH TUGAS GURU ITU MULIA DI SISI ALLAH. BESAR PAHALA DAN SATU IBADAH MENYEBARKAN ILMU PADA MURID..aku nk tnye dgn ko,ape jenis ibadah yg ko buat sambil merungut…???

      ade yg kate aku dengki dgn cikgu,aku x kenang jasa cikgu,tolong la baca balik..ade ke aku hina cikgu…aku nk bgtau kerje ape yg aku buat hari ni,ade cekgu dibelakang nya…tinggi mane kedudukan aku hari ni,ade cikgu dibelakang nya..

      cume yg aku mual adelah sikap korang cekgu2 yg suka merungut seolah-olah kerjaya cekgu ni lah yg paling susah dalam dunia…

      cube tgk sekekliling,brape ramai lg yg kt luar sane yg lebih teruk naseb dorg..ade yg kerje lagi susah,lg teruk dr cekgu…mmg dorg ade merungut, tp dorg xclaim kate TUGAS DORG ITU MULIA DI SISI ALLAH. BESAR PAHALA DAN SATU IBADAH KERJA DORG..korang yg slalu claim bende ni,tp merungut xingat punya…lg skali aku nk tanye,ape jenis ibadah yg ko buat sambil merungut…???

      btw,hidup aku aman damai je…xde mati dek kutukan org kt aku…

      • En Jurutera Pencen…

        Saya akui mana2 kerja ade tekanan yer masing2… xguna kita saling salah-menyalahkan…saya atau sesiapa sahaja tidak berhak utk mengutuk atau memperkatakan tentang kerja org lain krn kita tidak merasai kerja mereka tersebut…

        Apa yg rakan2 saya rungutkan ini adalah hanya satu dlm beribu-ribu tekanan yg ada di sekolah. if you are not believe it…it’s very honoured to reqeust to join us..then decide by yourself. Rungutan ini hanyalah salah satu cara kami meluahkan rasa ketidakpuas hati kerana kami sudah arif akhirnya nnti slogan “MENURUT PERINTAH”…suka atau tidak tetap akan kami lakukan…En jurutera pencen ada menyatakan rakan guru anda sempat berfb dll… dlm mana2 kerja mmg ade pekerja yg tidak ambil pusing…lepas t/jwb…malas fikir masalah…akhirnya guru sebegini mmg tidak menjd masalah utk bekerja 9 jam keran kerja mereka hanya mengajar shj..habis mengajar xkn buat kerja lain… Tp x ramai guru yg sebegitu kerana itulah sistem pendidikan masih relevan sehingga skrg krn masih ada guru yg bert/jwb n berdedikasi. Memang guru tidak berupaya mengajar semua subjek pd zahirnya ttp kami org akademik bila diberi apa sahaja subjek tetap akan kami cuba ajar..Guru akan sama belajar n mengajar…AKHIRNYA…guru bertambah pandai, wpun bukan bidang yg diminatinya…PELAJAR..entahlah…xdpt nk komen…. satu lg masalah besar sist pendidikan skrg terlalu memanjakan pelajar…

        Sebelum ini kami bekerja mmg dh lebih dr 9 jam bekerja…kadang2 3 sessi pagi/ptg/mlm. Langsung tidak pernah kami rungutkn tp bila ini dijdkn isu, seolah2 kami rasakan seakan2 paksaan…tidak lg dgn kerelaan sendiri maka takut hasilnya nnti tidak menjd. Kami lebih selesa dgn keadaan sediakala balik sek pukul 1 kemudian pukul 3 – 5 ptg dtg semula utk pelbg aktiviti sek n jika tidak mencukupi disambung semula mlm. Kami juga terpaksa melalui sek ganti pd hari Sabtu..bayangkn jika 9 jam waktu bekerja..begitu sedikit waktu rehat utk kami. Kadang2 dlm sebulan 4 kali berturut2 hari sabtu kami digunakan. Mungkin en jurutera pencen mengatakan ia tidak selalu…namun persoalannya skrg kerja pej ada waktu gantian kerja juga ker????? Hari Ahad jika ada aktiviti terpaksa juga kami menurut perintah turun utk bekerja.

        En jurutera pencen…kerja kami berhadapan dengan manusia….murid/ibu bapa/org2 besar di KPM n PPD…salah percaturan mmg kami akan ditekan dr semua sudut. Kerana itulah guru adalah antara peratus yg terbesar di hospital sakit jiwa…HANYA SATU YG KAMI MINTA PD KPM…perhalusi semula setiap dasar yg ingin dilakukan…jgn hanya ingin bertanding siapa yg lebih hebat/siapa yg jd perintis kpd sesuatu dasar….DAN ADALAH LEBIH BAIK peg yg menyarankn waktu bekerja 9 jam itu..turun padang sendiri…rasai selama 6 bulan pertama 2012 nnti…

        Kalau nak sgt GURU kerja 9 jam….BOLEH….TAPI pastikan:
        1. Guru tidak lagi ditugaskan mengajar kelas tambahan
        2. Guru tidak lagi ditugaskan melatih pelajar2 utk hari sukan sek
        3. Guru tidak lagi menjd penasihat kelab/unit2 beruniform/sukan
        4. Guru tidak lg menjd warden asrama/guru bertugas harian
        5. Guru tidak lagi menguruskan hal perkeranian sek spt mengisi data pelajar/akademik/ko-kurikulum, SAPS,mengutip sumbangan, mengurus fail dll
        6. Guru tidak perlu lagi mengambil tau pelajar yg sakit n menghantar ke hospital
        7. Guru tidak perlu membimbing pasukan sek utk sesuatu pertandingan n menjd pengiring
        8. Guru tidak perlu lagi ambil kisah tentang masalah displin pelajar
        9. Guru tidak perlu lagi pergi sek ganti atau aktiviti2 sek pd hari Sabtu
        10. Guru tidak perlu lagi ada jawatan spt GURU NILAM/GURU PERPUSTAKAAN/KETUA PANATIA dll.
        11. Guru dinaikkn gaji lagi n dibayar overtime klu nak 10 kerja diatas n yg x tersenarai lg dilakukan….tp sumpah kami xnk….coz LELAH/PENAT/CAPIK…!!!!!

        KESIMPULANNYER….klu nk guru kerja 9 jam…pastikan GURU TUGASNYA HANYA MENGAJAR BUKAN MENDIDIK…

  39. hem….. setuju!!!!!!!! saya setuju keja 9 jam . sebab maknanya kita kerja 9 jam ja dalam sehari…. kerja2 tu termasuklah P&P (co-bussines), buat RPH, urus kelas, sediakan BBM, urus KO-kurikulum, buat laporan,,,,, LDP, laksanakan semua event yg perlu dan tanda kerja pelajar, sediakan kertas soalan dan buat analisis……etc! yahooo,….. bestnya sembilan jam tak paya on-line kat rumah…. bw latihan budak kat rumah! best!

  40. TAK SETUJU

    1. sekolah bukan pusat jagaan anak2 ibu bapa yang keje opis hours.
    2. guru memang sudah terbeban dengan:-
    – tugas hakiki mengajar
    – melatih murid bersukan
    – ikut camping badan uniform
    – kursus yang kadang kala claim minyak pun payah dapat
    – buat kertas soalan murid. kalau scol tak ada duit cikgu keluar duit sendiri
    – guru ajar murid/manusia bukannya mesin
    – guru ikut mesyuarat kadang kala sabtu ahad kena ke scol tanpa boleh claim
    – guru isi macam2 data online yang kadang kala menyampah pasal tengahari web server down. malam kena bersengkang mata
    – kadang kala guru keluar duit untuk ceriakan kelas, buat bantu mengajar guna duit sendiri
    – karenah ibu bapa yang tak hormat guru dan memperlekehkan kerjaya guru
    – murid/pelajar yang kurang ajar dan tidak boleh dirotan
    – ikut mesyuarat pibg
    – ikut kursus yang asyik bertukar dasar pendidikan
    – tanda buku murid
    – isikan laporan nilam
    – selaraskan bantuan kasut, pakaian sekolah murid
    – ukur tinggi, berat murid
    – jadi guru pengiring untuk murid jika masuk sesuatu pertandingan
    – membuat kelas tambahan waktu malam/cuti sekolah
    – isikan laporan PLBS/ buku adab
    – membuat RPH
    – membuat Bantu alat mengajar
    – menyediakan laporan bajet kewangan panatia/kelab/.badan uniform
    – membuat persediaan pelbagai majlis seperti hari kemerdekaan, hari kanak2 sedunia
    – melatih murid latihan rumah sukan/ kawad
    – memasak untuk murid jika ada apa2 aktiviti rumah sukan pada hari sukan/ badan uniform
    – agihkan susu murid
    – agihkan buku teks
    – beli buku tambahan murid
    – memantau makanan kantin untuk makanan RMT
    – menghantar murid sakit ke klinik/ rumah ibu bapak
    – hadiri solat hajat murid
    – menjalankan gotong royong di sekolah
    – membuat perancangan takwim setiap awal tahun
    – membuat perancangan mengajar tahunan
    – membuat rancangan pengajaran individu
    – menjalankan ujian saringan linus
    – menjalankan kem bistari solat
    – guru mencari pembekal untuk penggunaan duit PCG
    – guru buat surat untuk ibu bapa
    – guru buat pesanan belian untuk panatia

    banyak tak?? ada nak sambung cikgu2 sekelian?

    ITU PUN MASIH ADA IBU BAPA TAK SEDAR KERJA CIKGU.
    GURU CUMA MAHU PULANG AWAL UNTUK LEPASKAN TEKANAN DAN SAMBUNG KERJA DI RUMAH. SALAHKAH GURU KERJA SETENGAH HARI DAN BEREHAT SEBELUM MENYAMBUNG TUGAS DI RUMAH/ DI SEKOLAH SEMULA?
    INGAT TAK LETIHKAH OTAK MENGAJAR MURID/ PELAJAR?

    yang bekerja di pejabat hanya berdepan dengan bos dan rakan pejabat. guru berdepan dengan ibu bapa, guru pentadbiran, murid/pelajar, rakan sejawat, anggota kakitangan sokongan dan pembekal buku.

  41. Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam
    2011/11/19

    LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

    Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

  42. heran lah, mcm mana lah sistem pendidikan boleh dipolitikan nie..habis isu PPSMI, MBMMBI lak, tak habis lagi 9 jam duk kat sek plak…boley bg 9 jam jnji tugas kami mngajar aje..keje lain tak ade…n then klo bdk2 perangai mcm rimau ke kurg ajar ke jgn lak nk saman kami…dah lah sek aku dekan hutan belantara…silap2 haribulan leh jd zoo…tak phm btul diorg nie nk wat sistem min hentam jerk, wat kajian konon bkn mnyeluruh p tanye org atas (kepala sek)mmg keje dia 9 jm duk sek..try taye aku glg bwahan nie,,ngn data, ngn nk semak buku, ngn persatuan, kelab, rumah sukan..mujur tak bermalam aje kat sek tuh…sabarlah wahai guru sekalian, saham kita diakhirat sgtlah tinggi tiada nilai untuk diberikan, biarlah kita bekerja dgn ikhlas…itu amanah dr ALLAH kepada kita untuk mendidik hamba-NYA supaya berada di landasan yang benar…

  43. Maaf saya tidak berada dimana-mana pihak.. Allah Maha Mengetahui.. Yang paling penting niat kita semua dihati.. Perkhidmatan kita adalah ibadah kita kepada Allah S.W.T. Kita hidup di dunia hanya sementara, jadi sama2lah kita bekerja seperti kita hidup seribu tahun dan beribadat lah seperti kita akan mati esok.. Alhamdullilah, aku bersyukur pada Mu Ya Allah.. Aku mahu anak-anak ku menjadi insan yang berguna..Amin..

Leave a comment