Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat – Bernama


Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PORT DICKSON: Seorang pesara guru wanita berusia 70 tahun ditemui mati dengan tangan diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama, di sini pada jam 8.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, mayat mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan, dipercayai milik anak lelaki mangsa.

“Pekerja berusia 31 tahun itu datang ke rumah terbabit untuk menyiapkan kerja pengubahsuaian namun terkejut apabila menemui mangsa di garaj rumah itu.

“Mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan luka di dahi serta kepalanya, malah kedua-dua tangan juga ditemui terikat namun pihak polis sedang mencari senjata pembunuhan yang digunakan di tempat kejadian,” kata Baljeet.

 
Baljeet berkata, hasil siasatan awal, tiada tanda pecah masuk pada rumah berkenaan dan pihaknya masih lagi menyiasat motif pembunuhan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s