Denda RM5,000, Penjara Jika Eksploitasi Kanak-Kanak – Bernama


Denda RM5,000, Penjara Jika Eksploitasi Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata Seksyen 32 akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali kepadamereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendapatkan dana.

Katanya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang diselamatkan itu pula boleh dikenakan bon oleh mahkamah menurut Seksyen 30 akta yang sama bagi memastikanmereka tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak terbabit.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memaklumkan kepada polis jika terdapat kes sedemikian dan tindakan akan diambil ke atas pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wakil Khas Amerika Syarikat untuk Masyarakat Islam Farah Anwar Pandith di kementeriannya di sini, Khamis.

Shahrizat berkata satu perbincangan antara agensi telah diadakan pada Selasa lepas yang bersetuju mengadakan operasi bersepadu untuk pihak JKM menyelamatkankanak-kanak terbabit manakala polis pula menahan, menyiasat dan mendakwa pihak yang mengeksplotasi kanak-kanak.

Sementara itu, pertemuan yang berlangsung hampir sejam petang ini antara lain membincangkan hubungan dua hala antara wanita di Amerika Syarikat danMalaysia terutamanya mengenai wanita Muslim dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.

“Beliau berada di sini untuk mempelajari tentang apa yang telah kita lakukan dan mungkin ada idea atau cadangan yang beliau boleh bawa balik ke sana,” kataShahrizat.

Pandith berkata beliau banyak mempelajari mengenai usaha yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan, dan menggesa Malaysia supaya mengambil bahagiandalam inisiatif global Amerika Syarikat untuk menggalakkan wanita menyertai perkhidmatan awam.

“Ia adalah kerjasama antara Jabatan Negara dan tujuh kolej di Amerika Syarikat. Kami ingin melihat wanita Malaysia mengambil bahagian dalam usaha inidan universiti, NGO di sini… jadikan usaha global ini untuk melihat lebih banyak penyertaan wanita dalam sektor perkhidmatan di seluruh dunia.

“Ini merupakan mesyuarat yang sangat membuahkan hasil dan peluang yang amat baik untuk berkunjung semula ke Malaysia,” katanya.

Pandith, wakil khas pertama untuk mesyarakat Islam, menyandang jawatan itu sejak Jun 2009.

Tugas beliau termasuk mengadakan dialog dan menjalin perkongsian dengan masyarakat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepentingan bersama dan salingmenghormati. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s